airasia x

AirAsia X Bawa 417,195 penumpang Sepanjang 2022

Tag:
Dikemas Kini: 29 Januari 2023
Surga Route

AirAsia X Bhd melaporkan membawa 417,195 penumpang dengan jumlah kapasiti 536,491 tempat duduk dalam tahun kewangan penuh 18 bulan berakhir 31 Dis, 2022.

AirAsia X Bawa 417,195 penumpang Sepanjang 2022

AirAsia X berkata 337,638 penumpang telah diterbangkan pada suku keenam 2022 (Q6 FY2022), menunjukkan peningkatan lebih empat kali ganda berbanding suku sebelumnya, yang mana 79,557 penumpang telah dibawa pada suku ke-5 dari Julai hingga September 2022, apabila pemulihan perjalanan mendapat momentum seiring dengan musim kemuncak perjalanan.

Menjelang akhir Disember 2022, AirAsia X mengendalikan penerbangan ke 13 destinasi, termasuk Seoul dan New Delhi, dua daripada destinasi paling popular yang dilancarkan pada suku sebelumnya.

Dengan pembukaan semula sempadan China, AirAsia X sudah bersedia untuk mempercepatkan pemulihannya ke tahap pra-COVID-19.

AirAsia X Bawa 417,195 penumpang Sepanjang 2022

AirAsia X juga memperkenalkan laluan penerbangan baharu ke Melbourne, Perth, Tokyo-Haneda, Seoul, Sydney, Sapporo, Taipei, Jeddah dan Bali-Denpasar, selain memperkenalkan laluan baharu Sydney-Auckland pada suku keenam.

Syarikat penerbangan itu berkata syarikat bersekutunya, AirAsia X Thailand, membawa 212,523 penumpang pada suku keenam, apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi pada suku tersebut, dengan frekuensi tambahan ke beberapa laluan terpilih bagi memenuhi musim kemuncak perjalanan akhir tahun.

Pada suku yang sama, AirAsia X Thailand melancarkan penerbangan ke Osaka dan Sapporo di Jepun serta Sydney dan Melbourne di Australia.

Jumlah saiz armada untuk AirAsia X ialah 14 buah pesawat A330 pada akhir Disember 2022, dengan tujuh pesawat kembali diaktifkan dan beroperasi.

Saiz armada AirAsia X Thailand ialah lapan pesawat A330 pada akhir Disember 2022, dengan lima pesawat diaktifkan dan beroperasi.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram