airasia x sambung semula perkhidmatan ke shanghai s airasia x resumes services to shanghai with four weekly flights

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan

Dikemas Kini: 7 Mac 2023
Surga Route

AirAsia X (AAX) telah menyambung semula perkhidmatannya ke Shanghai, China dengan empat penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur yang bermula semalam, pada 2 Mac 2023.

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares AirAsia X resumes services to Shanghai with four weekly flights

Penerbangan sulung pasca-pandemik dari Kuala Lumpur berlepas dengan muatan penumpang yang menggalakkan, manakala penerbangan pertama dari Shanghai pada awal hari ini mencatatkan muatan seramai 373 orang tetamu, iaitu hampir 100%. Ini menunjukkan permintaan perjalanan ke luar negara yang ketara daripada pasaran China.

Berdasarkan permintaan yang menggalakkan dan pelonggaran sekatan kemasukan ke China, AAX merancang untuk meningkatkan kapasiti dan kekerapan perkhidmatan ke Shanghai kepada 11 penerbangan mingguan menjelang suku kedua pada tahun ini, sama seperti kekerapan pra-pandemiknya.

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares AirAsia X resumes services to Shanghai with four weekly flights

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata: “Penerbangan pertama kami ke Shanghai adalah sedekad yang lalu dan hari ini, kami berbesar hati untuk kembali ke China dan meraikan penyambungan semula ini yang merupakan destinasi popular dari segi sejarah perkhidmatan. Kami juga telah memulakan perkhidmatan penerbangan mingguan ke Hangzhou yang mencatatkan muatan sebanyak 97% ke Kuala Lumpur.

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares AirAsia X resumes services to Shanghai with four weekly flights

“China adalah salah satu daripada ekonomi utama dunia dan pembukaan semula penerbangan ke China adalah tanda positif bagi AAX dan industri pelancongan secara amnya. Memandangkan China baru sahaja mula dibuka semula, proses pemulihan perkhidmatan penerbangan masih dalam tahap permulaan. Walaubagaimanapun, kami tetap optimis bahawa permintaan perjalanan ke China akan kembali pulih ke tahap pra-pandemik dalam masa terdekat.

“Apa yang paling penting, kami melihat permintaan yang tinggi daripada pelancong China yang akan meningkatkan pemulihan kami dan memacu industri pelancongan tempatan di kedua-dua destinasi. Kami berharap untuk memulakan semula lebih banyak penerbangan ke/dari China dalam beberapa bulan akan datang.”

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares AirAsia X resumes services to Shanghai with four weekly flights

Para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan perjalanan negara yang akan dituju. Untuk keperluan perjalanan ke China, sila rujuk di sini.

Tetamu yang ingin melakukan perjalanan penting ke Shanghai boleh menempah penerbangan melalui airasia Super App atau airasia.com dengan tambang termasuk semua* daripada RM799 bagi tempat duduk ekonomi atau daripada RM2,299 bagi tempat duduk Premium Flatbed untuk perjalanan daripada sekarang hingga 29 Oktober 2023.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Shanghai (PVG):

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares AirAsia X resumes services to Shanghai with four weekly flights

*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, fi MAVCOM, dan caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram