menu rahmah ikan patin tempoyak temerloh catering

Anda Boleh Dapatkan Menu Rahmah Lauk Ikan Patin Tempoyak Di Restoran Ini !

Dikemas Kini: 12 Mac 2023
Surga Route

Alhamdulillah, nampaknya semakin banyak premis-premis makanan dan minuman turut sama menyertai inisiatif Menu Rahmah bagi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat awam.

Percaya atau tak ? Ada satu kedai ini menyediakan Set Patin Tempoyak dengan harga Menu Rahmah ! Ini adalah Restoran Temerloh Catering terletak di Setia Alam, Selangor.

Anda Boleh Dapatkan Menu Rahmah Lauk Ikan Patin Tempoyak Di Restoran Ini ! Temerloh Catering

Berbaloi sangat, sebab dapat potong ikan patin dengan harga kasih sayang iaitu sekadar RM5.

Turut Dirasai Pemilik MYDIN

Menu rahmah di restoran ini mula tular selepas pemilik pasaraya besar MYDIN telah mencuba menu tersebut. Sehingga kini hantaran tersebut telah disukai oleh lebih 16 ribu orang.

Patin Tempoyak Gred Tinggi

Namun, ramai juga bersangka buruk dengan menganggap ikan patin yang dijual di kedai tersebut adalah gred rendah. Dakwaan tersebut disangkal oleh pemilik restoran ini sendiri yang menerangkan bahawa ikan patin tempoyak bagi menu rahmah ini menggunakan ikan patin yang sama gred dengan menu biasa.

Jadi, kepada anda yang mahu mencuba masakan patin tempoyak dengan harga menu rahmah ini boleh berkunjung ke restoran Temerloh Catering yang terletak di Setia Ala, Selangor.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram