7 dokumen ini anda wajib punyai salinan ketika ke luar negara

Anda Wajib Ada Salinan 6 Dokumen Ini Bila Pergi Travel !

Dikemas Kini: 28 Julai 2023
Surga Route

Ketika travel dan sesuatu berlaku pada passport kita atau pada diri kita sendiri, 7 Dokumen ini adalah penyelamat kita.

Setiap dokumen ini sebaiknya anda simpan hardcopy & softcopy di dalam email anda. Sekali lagi diulang, hantarkan salinan softcopy kepada waris anda. Jadi kita ada salinan dan waris kita pun ada salinan.

Jadi bila kita simpan di dalam email, di mana-mana sahaja ada akses internet kita boleh dapatkan semula dokumen ini. Ini adalah merupakan 7 dokumen tersebut.

1. Salinan Passport

image 107

Bila passport kita hilang, salinan passport ini sangat penting untuk menunjukkan identiti kita. Ini adalah penting untuk menunjukkan bahawa asalnya, kita mempunyai dokumen untuk ke luar negara yang sah, bukan main masuk melalui jalan penyeludupan.

Kadang-kadang, ada pihak hotel yang meminta salinan passport ketika mendaftar masuk, jadi amat mudah jika kita sudah menyediakannya.

2. Tempahan Tiket Penerbangan

image 108

Pastikan pengesahan tiket penerbangan atau itinerari penerbangan yang kita dapat dari syarikat penerbangan ada, ini untuk menunjukkan kita mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk kembali ke negara asal. Jika tiada tiket penerbangan pulang, panjang cerita dan banyak susahnya bila kena soal dengan pegawai imigresen yang tegas di luar negara. Lagi-lagi jika terjadi perkara tidak diingini seperti passport hilang. Susah jadinya.

Itinerari penerbangan ini tak sama dengan boarding pass ataupun pas masuk ya. Itinerari penerbangan ini kita dah dapat awal melalui ejen atau syarikat penerbangan semasa kita membeli tiket. Boarding pass ini pula kita dapat lepas kita dah daftar masuk / check-in bagi sesuatu penerbangan.

3. Boarding Pass

image 109

Jangan buang boarding pass, kerana boarding pass penerbangan anda selagi anda masih berada di negara yang anda lawati. Ini boleh jadi salah satu bukti kita tiba di negara yang kita lawati secara halal, bukan kena seludup.

Pernah terjadi juga, pegawai imigresen lupa nak cop passport ketibaan, bila pulang imigresen tak bagi keluar dari negara tersebut sebabnya tiada bukti datang ke negara tersebut secara sah. Jadi boarding pass sebagai bukti juga kita masuk sesuatu negara dengan sah.

Kadang-kadang, ada promosi di luar negara yang memerlukan boarding pass. Antaranya jika anda mahu mengikuti tour secara percuma yang disediakan pihak lapangan terbang apabila anda transit.

Bila dah sampai semula ke Malaysia, ikut suka hatilah nak buang atau tidak. Tapi ramai yang jenis simpan boarding pass sebagai tanda kenangan.

4. Maklumat Penginapan

image

Ini juga sebagai bukti kita tidak datang ke negara orang untuk merempat. Juga sebagai rujukan penting bila kita tiba dan jika sesuatu terjadi pada kita, mudah untuk orang jejak kembali pergerakan kita.

5. Itinerari Perjalanan Atau Percutian

image 1

Kadang-kadang pegawai imigresen di negara luar nak juga lihat itinerari kita. Bukannya mereka berminat dengan lokasi yang kita nak pergi, tapi mereka nak pastikan yang kita benar-benar ada perancangan untuk melawat negara tersebut, bukan datang untuk menetap.

6. Kad Pengenalan

Kad pengenalan sangat penting, iya lah kalau kena curi dompet kita, salinan kad pengenalan ini penyelamatnya. Dan juga sebagai backup untuk pasport kita.

Jika passport kita hilang, kita boleh membawa kad pengenalan ke pihak kedutaan Malaysia di luar negara bagi mendapatkan passport sementara khas.

7. Nombor Telefon@ Cara Hubungi Diri & Waris

image 3

Info ini sangat penting letak kerana membantu orang lain untuk menghubungi waris kita jika berlaku apa-apa keadaan yang tidak diinginkan
.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram