hiker wanita ini kongsikan berkenaan gunung g7 yang ramai tak tahu

Apa itu Gunung G7? Baca Perkongsian Hiker Wanita Ini Berkenaannya

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Bagi peminat aktiviti jungle trekking ataupun hiking, mungkin anda pernah terdengar pendaki-pendaki lain menyebut tentang gunung G7. Bagi belum tahu, jom baca perkongsian dari pemilik Facebook Siti Hajar Awang Hasaan berkenaan perkara ini.

Sebenarnya, G7 ialah Senarai 7 Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi 2000 meter atau 7000 kaki dan ke atas. Gunung-gunung yang berketinggian 2000 meter atau 7000 kaki ke atas yang terletak di Sabah dan Sarawak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Kaingaron dan Gunung Mulu tidak termasuk dalam senarai G7.

Untuk pengetahuan anda, 6 gunung terletak di Banjaran Titiwangsa dan 1 lagi terletak di Banjaran Tahan (Gunung Tahan). Senarai di bawah menunjukkan 7 gunung dengan ketinggian masing-masing:

Apa itu Gunung G7? Baca Perkongsian Hiker Ini Berkenaannya

Jika anda pernah terdengar tentang V1, V2 dan V3, ianya ialah panggilan untuk versi-versi menawan Gunung G7 ini.

Apa itu Gunung G7? Baca Perkongsian Hiker Ini Berkenaannya

Bagi anda yang ingin menawan Gunung G7. Anda boleh rujuk durasi yang biasa dilakukan oleh pendaki seperti di bawah. Bergantung kepada pendaki itu sendiri, mereka bebas untuk memilih pakej program yang ditawarkan oleh penganjur ataupun GOGO.

Apa itu Gunung G7? Baca Perkongsian Hiker Ini Berkenaannya

Bagi yang belum pernah menjejak kaki mahupun mendaki gunung G7, persediaan rapi sebelum memulakan pendakian gunung G7 amatlah penting disebabkan setiap gunung G7 mempunyai keistimewaan tersendiri:

  1. Tahan – Terletak di Taman Negara. Terdapat haiwan liar (rusa dan haiwan lain)
  2. Korbu – puncak tertinggi antara semua gunung di Banjaran Titiwangsa
  3. Yong Belar – Air terjun lumut, hutan lumut
  4. Gayong – Gunung berkapit (antara Korbu & Yong Belar) dan asal usul seni silat gayong
  5. Chamah – Terletak di Kelantan. Merupakan hutan tebal dan terdapat haiwan liar (harimau & gajah) di dalamnya.
  6. Yong Yap – Mempunyai puncak berbentuk piramid. Anda diwajibkan untuk menaiki 4 wheel untuk ke tapah permulaan di perkampungan asli. Trek ini akan melalui pokok tumbang dan buluh-buluh besar.
  7. Ulu Sepat – Terletak di Hutan Royal Belum. Gunung ini terletak bersebelahan Gunung Chamah dan merupakan laluan paling sukar.

Sumber: Siti Hajar Awang Hasaan via Facebook HACAM

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram