aplikasi bantu jimatkan wang anda saat melancong

Aplikasi Telefon Pintar Yang Wajib Ada Untuk Jimatkan Perbelanjaan Ketika Bercuti !

Dikemas Kini: 22 Ogos 2023
Surga Route

Zaman teknologi sekarang semuanya hanya di hujung jari. Dan kalau anda nak tahu, nak berjimat pun boleh di hujung jari sahaja tau. Sebabnya sekarang dah ada pelbagai aplikasi yang memberikan penjimatan bila anda berbelanja menggunakan telefon pintar anda. Cuma anda tahu atau tidak je. Jom kami kongsikan dengan anda aplikasi yang kami sendiri dah guna dan kami rasa anda juga perlu ada dalam telefon pintar anda. Kalau tak daftar rugi!

1 – Shopback

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 2
Kredit Foto: Anotsopopularkid

Shopback merupakan aplikasi yang menawarkan pengembalian sebahagian wang sebagai ganjaran atau pun “cashback” bila anda membuat pembelian servis atau produk dari syarikat yang berdaftar dengan shopback. Antaranya Lazada, Shopee, 11street, Booking.com, Agoda, Expedia, Zalora, Klook, Traveloka dan bermacam lagi.

2 – Bigpay

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 3
Kredit Foto: my.carousell

Jika sebelum ini semasa membuat pembayaran tiket AirAsia anda dikenakan caj RM4 jika menggunakan perbankan internet dan RM16 jika menggunakan kad kredit. Kini anda boleh mendapatkan penjimatan ‘Zero Processing Fee’ dengan menggunakan Big Pay . Paling best adalah Big Pay kad boleh digunakan di Lazada, Shopee, stesen minyak, beli barangan di Tesco dan Giant dan banyak lagi. Setiap transaksi anda akan memperoleh Big Point dan boleh untuk tebus ‘point’ di BIG Store mahupun BIG point untuk tiket penerbangan Air Asia. Sangat berbaloi!

3 – Grab

Image result for grab
Kredit Foto: Grab

Siapa tak kenal Grab kan? Aplikasi yang memberi kemudahan pengangkutan dan penjimatan harga! Dan bukan itu sahaja tau. Sekarang Grab dah boleh membuat pembayaran untuk pembelian di 11Street, MBO Cinema, tambah nilai Kad Prabayar dan macam-macam lagi. Kalau anda selalu guna Grab, anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus untuk dapatkan keistimewaan seperti potongan diskaun untuk pembelian di Starbuck, Baskin Robin, TGV Cinema dan banyak lagi.

4 – Klook

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 4
Kredit Foto: Klook

Bagi yang belum tahu, terdapat lebih kurang 40,000 tawaran boleh diakses oleh pengguna di 200 destinasi seluruh dunia menerusi Klook. Bukan sahaja tawaran tiket ke taman tema tetapi turut ditawarkan adalah tiket festival muzik, tempat makanan popular, pertunjukan budaya, pakej ke destinasi-destinasi tempatan yang menarik, sewa pengangkutan dan juga menyewa hotspot WiFi. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di selepas anda membuat tempahan atau pembelian di aplikasi Klook.

5 – OYO

Aplikasi Telefon Pintar Yang Wajib Ada Untuk Jimatkan Perbelanjaan Ketika Bercuti !

OYO merupakan sebuah rangkaian Hotel terbesar di India dan kini mula membangun pesat di Asia. Di Malaysia , OYO beroperasi di  Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. OYO menawarkan harga penginapan yang cukup rendah iaitu bermula RM49 untuk satu malam termasuk wifi percuma dan banyak lagi kemudahan!

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram