visa pelancong transit arab saudi Arab Saudi Lancar Visa Transit Elektronik. Permudah Umrah & Mantapkan Sektor Pelancongan.

Arab Saudi Lancar Visa Transit Elektronik. Permudah Umrah & Mantapkan Sektor Pelancongan.

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Arab Saudi melancarkan perkhidmatan visa transit elektronik bagi pengembara yang tiba di negara itu melalui penerbangan untuk pelbagai tujuan termasuk mengerjakan umrah dan melancong.

Bermula Isnin lalu, pemegang visa boleh menetap di Arab Saudi selama empat hari dengan tempoh visa selama tiga bulan.

Visa transit itu membolehkan penumpang singgah di negara itu bagi mengerjakan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi di Madinah, selain melancong di sekitar Arab Saudi dan menghadiri program pelancongan.

Kementerian Ehwal Luar Arab Saudi berkata mereka melancarkan khidmat itu dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan dan syarikat penerbangannya iaitu Saudi Arabian Airlines dan Flynas. Visa itu dikeluarkan bersama dengan tiket penerbangan Saudia dan Flynas secara percuma. Permohonan visa persinggahan tersebut boleh dibuat menerusi platform elektronik syarikat penerbangan tersebut.

Arab Saudi Lancar Visa Transit Elektronik. Permudah Umrah & Mantapkan Sektor Pelancongan.
Foto : Skytrax

Ia secara automatik akan diserah kepada platform visa nasional bersepadu Kementerian Ehwal Luar untuk diproses, dan visa digital akan serta-merta dikeluar dan diserahkan kepada pemohon menerusi e-mel.

Inisiatif menggabungkan tiket dan visa itu sekaligus membolehkan pengembara tinggal di Arab Saudi selama empat hari. Sistem integrasi digital itu menyediakan visa transit dengan tiket penerbangan .

Syarikat penerbangan Saudia dilaporkan menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang melancarkan inisiatif "Tiket Anda, Visa Anda" yang menggabungkan tiket dan visa bagi membolehkan tetamu tinggal sehingga 96 jam (empat hari), yang mana mereka boleh mengembara di sekitar Saudi dan menunaikan umrah.

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi usaha itu juga bagi menggalakkan sektor pelancongannya, yang juga sebahagian daripada Strategi Wawasan 2030.

Menteri Pelancongan, Ahmed al-Khateeb, berkata visa transit adalah bukti komitmen Saudi untuk membangunkan dan menggalakkan pertumbuhan dalam sektor pelancongan.

"Ia terbuka untuk pelancong yang melalui Saudi menggunakan syarikat penerbangan nasional kami sama ada untuk beriadah, perniagaan atau umrah."

Pengenalan visa transit dilihat sebagai pembaharuan visa di Arab Saudi.

Sebelum ini Arab Saudi telah memudahkan urusan warga asing memilih pakej umrah menerusi platform elektronik ‘Maqam’, serta menyelesaikan prosedur bagi pengeluaran visa dalam tempoh singkat.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram