bakal beroperasi bermula 16 mac 2023. jom tengok dulu video rasmi mrt laluan putrajaya fasa 2 phase 2 of mrt putrajaya line will begin operation on march 16 2023

Bakal Beroperasi Bermula 16 Mac 2023. Jom Tengok Dulu Video Rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 !

Tag:
Dikemas Kini: 11 Mac 2023
Surga Route

Perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi sepenuhnya pada jam 3 petang 16 Mac 2023 ini.

Bakal Beroperasi Bermula 16 Mac 2023. Jom Tengok Dulu Video Rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 ! Phase 2 of MRT Putrajaya Line Will begin Operation on March 16 2023

Laluan pengangkutan awam terbaru itu akan bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Ia adalah projek kedua MRT Lembah Klang yang akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya.

Keseluruhan Laluan Putrajaya akan merangkumi 57.7 km yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.

Bakal Beroperasi Bermula 16 Mac 2023. Jom Tengok Dulu Video Rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 ! Phase 2 of MRT Putrajaya Line Will begin Operation on March 16 2023

Projek MRT laluan Putrajaya ini menelan belanja RM30.53 bilion untuk kos pembinaan dan kos sistem meliputi 36 stesen membabitkan 49 set kereta api.

Jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam masa dua tahun.

Pada permulaan apabila mula beroperasi akan dimulakan dengan kekerapan lima minit untuk setiap tren.

Sementara menanti operasinya dibuka buat orang awam bermula 16 Mac ini, apa kata kita tengok dulu video rasmi yang dikeluarkan oleh pihak MRTCorp ini :

DAPATKAN PANDUAN MRT & PENGANGKUTAN AWAM LAIN DI MALAYSIA !
DAPATKAN PANDUAN MRT & PENGANGKUTAN AWAM LAIN DI MALAYSIA !
DAPATKAN PANDUAN MRT & PENGANGKUTAN AWAM LAIN DI MALAYSIA !

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram