bakal ziarah ke madinah jom kenali dulu tiang tiang di raudhah, masjid nabawi tiang sarir tiang ali tiang wufud tiang muhallaqah mimbar nabawi tiang aisyah tiang taubat abu lubabah

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi

Tag:
Dikemas Kini: 18 Januari 2023
Surga Route

Jom Kenali Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi ! 😍

Raudhah dikenali taman syurga di dunia. Ia merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a., Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ الْمَازِنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

Maksudnya: “Di antara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman (raudhah) daripada taman-taman syurga.”

(HR Bukhari, 1196)

Ketika menjadi tetamu di taman syurga ini, kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah di kawasan Raudhah kerana terdapat banyak keistimewaan di kawasan ini yang pasti menjadi saksi kepada perjuangan Baginda SAW.

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Ini adalah kisah-kisah tiang dan mihrab di kawasan Raudhah, Masjid Nabawi.

Kadang-kadang jemaah masuk Raudhah tanpa tahu tujuan lokasi untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab. Jadi, sekarang dah tau kawasan mana yang harus dituju.

Tiang Sarir

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Tiang ini ialah tiang dimana suatu masa dahulu adalah tiang dimana tempat Nabi Muhammad berehat dan disini dahulu ada pangkin dimana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.

Tiang Ali

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Juga dikenali sebagai Tiang Pengawal. Tiang ini dahulu digunakan sebagai kawasan untuk mengawal rumah Nabi Muhammad ﷺ dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.

Tiang Wufud

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Tiang wufud (Delegasi). Suatu masa dahulu Kawasan ini digunakan oleh Nabi Muhammad ﷺ untuk berjumpa dengan delegasi pemimpin dari luar yang datang ke Madinah utk berjumpa dengan Baginda.

Tiang Aisyah

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Tiang ni sangat istimewa. Disinilah Nabi Muhammadﷺ  selalu mengerjakan solat setiap malam. Tiang ini turut disukai oleh Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar. Berdoa agar kita diberi rezeki untuk solat di tepi atau belakang tiang ini.

Tiang Taubat Abu Lubabah

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Tiang Abu Lubabah atau Tiang Taubat. Abu Lubabah  merasakan bahawa dia melakukan kesilapan kepada Nabi Muhammad ﷺ, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad ﷺ  dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari.

Kisahnya sewaktu pengepungan keatas perkampungan yahudi bani Quraizah, selepas ghazwah Khandaq/Ahzab.

Yahudi bani Quraizah telah mengkhianati perjanjian bersama Rasulullah untuk bersama-sama mempertahankan Madinah; dengan membenarkan tentera Ahzab untuk menyerang kedudukan muslimin melalui perkampungan bani quraizah.

ketika sebahagian org yahudi bertanya kepada Abu Lubabah mengenai hukuman yang mungkin ada dijatuhkan kepada mereka, Abu Lubabah memberi isyarat "pisau/pedang di leher" yang bermaksud hukuman mati.

kemudian, timbul penyesalan dalam diri Abu Lubabah; beliau merasakan bahawa dia telah mendahului Rasulullah yang ketika itu belum menjatuhkan hukuman keatas yahudi bani Quraizah. lalu berlakulah peristiwa Abu Lubabah mengikat dirinya di tiang di masjid Nabawi. beliau bersumpah tidak akan merungkaikan ikatannya, kecuali Rasulullah sendiri membukanya dengan tangan Baginda yang mulia.

Sumber : Ar-Rahiq Al-makhtum, Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri

Tiang Muhallaqah

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Dahulunya adalah sebatang pokok kurma, Batang pokok ini menangis kerana ia tidak digunakan lagi ketika Nabi Muhammad ﷺ menyampaikan Khutbah.  Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

Bakal Ziarah ke Madinah ? Jom Kenali Dulu Tiang-Tiang di Raudhah, Masjid Nabawi Tiang Sarir Tiang Ali Tiang Wufud Tiang Muhallaqah Mimbar Nabawi Tiang Aisyah Tiang Taubat Abu Lubabah

Ini Mihrab Nabi (Mihrab baru). Di lokasi ini Nabi Muhammad gunakan untuk solat berjemaah bersama para sahabat. Jika berpeluang masuk ke dalam Raudah cuba untuk solat di hadapan mihrab ini. Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu lulu'ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram