84 logo halal diiktiraf jakim

Bercuti ke Luar Negara ? Ini Dia 84 Logo Halal Luar Negara Diiktiraf JAKIM Yang Anda Perlu Tahu !

Tag:
Dikemas Kini: 14 September 2023
Surga Route

Bila bercuti ke luar negara terutamanya negara bukan majoriti Muslim, perkara paling sukar dibuat adalah untuk mencari sumber makanan yang halal.

Bila anda ke pasaraya untuk membeli bahan mentah pula, mungkin anda keliru dengan status halal produk yang dijual. Tapi, ada satu solusi yang dapat membantu anda.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam yang bertanggung jawab dalam memastikan status halal membabitkan industri makanan telah berkongsi 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia yang diiktiraf dan diterima oleh JAKIM.

Dengan adanya senarai logo halal yang diiktiraf JAKIM ini, anda yang pelancong di luar negara tidak perlu lagi risau dengan status makanan, produk atau perkhidmatan yang disedaikan dipresmis ataupun pasaraya di luar negara.

image

Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020. Anda boleh menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi. klik pautan ini.

Mudahkan? Walaupun begitu, kemudahan makanan halal diluar negara bukan mudah yang disangka. Jadi persediaan seperti membawa makanan sendiri atau masak sendiri perlu supaya anda tidak kebulur dikemudian.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

setiap negara mmg akan ada logo sijil die sendiri. Jadi logo diatas boleh dijadikan panduan terutama kepada kaki travel.

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram