whoosh indonesia bullet train

Bullet train pertama Indonesia, Whoosh mulakan perkhidmatan Secara Percuma !

Dikemas Kini: 22 Oktober 2023
Surga Route

Presiden Joko Widodo (Jokowi) merasmikan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) pertama di Indonesia dikenali sebagai Whoosh semalam.

image 13 18

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, bullet train Jakarta-Bandung, Whoosh dilancarkan secara rasmi dan kini mula beroperasi.

“Bullet train Jakarta-Bandung ini merupakan yang pertama di Indonesia dan juga rantau Asia Tenggara.

“Kerana kelajuannya mencapai 350 kilometer sejam, kita namakan tren ini sebagai Whoosh,” kata Jokowi semasa majlis perasmian di Stesen Halim Jakarta.

Tambah Jokowi, nama Whoosh diinspirasikan ­daripada bunyi dikeluarkan kereta api berkelajuan tinggi seumpamanya selain singkatan daripada slogan ‘Waktu Hemat Operasi Optimal Sistem Hebat (Jimat masa operasi optimum sistem hebat).

image 13 15
Kredit Gambar : AFP

Perkhidmatan kereta api canggih tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Jalan China, dibiayai syarikat milik Beijing. Kos keseluruhan projek tersebut pula mencecah AS$7.3 bilion (RM34.27 bilion).

Projek yang sekian lama dinanti-nantikan itu sebelum ini beberapa kali ditunda. Ia pada awalnya dijadualkan siap pada 2019.

Namun, pelbagai isu yang timbul khususnya ­pandemik Covid­-19 serta masalah perolehan tanah menyebabkan projek tersebut lewat disiap­kan serta kosnya meningkat.

image 13 16

Perkhidmatan keretapi laju Whoosh akan beroperasi dari ibu kota Indonesia, Jakarta hingga ke bandar kedua terbesar, Bandung di wilayah Jawa Barat.

Melibatkan jarak 142.3 kilome­ter, laluan rel berkelajuan tinggi yang diselia oleh syarikat usaha sama, PT Kereta Cepat Indonesia China (PT KCIC) itu beroperasi menggunakan tenaga elektrik dan sifar pelepasan karbon.

Perkhidmatan tren berkelajuan tinggi itu mampu memendekkan masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung daripada tiga jam sebelum ini kepada cuma kurang sejam.

Sebagai tambah nilai kepada kelajuannya, keretapi tersebut diubah suai untuk berdaya tahan kepada iklim tropika Indonesia serta dilengkapi sistem keselamatan canggih yang berupaya bertindak balas dalam situasi kecemasan seperti gempa bumi serta banjir.

Kereta api tersebut mengan­dungi lapan gerabak dilengkapi rangkaian Wi-Fi serta sebilangan plug pengecas USB.

Whoosh memiliki kapasiti untuk membawa 601 penumpang serta menawarkan tiga kelas ge­rabak iaitu kelas pertama, kedua dan VIP.

Sempena pelancarannya, penumpang warga tempatan boleh menaiki bullet train tersebut secara percuma sehingga harga tambang rasmi diumumkan. – AGENSI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram