café amazon paling cantik berdekatan hat yai singhanakorn café amazon, 23813 ม.1 ต sathing mo, singhanakhon district, songkhla 90280, thailand

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai !

Tag:
Dikemas Kini: 23 Januari 2023
Surga Route

Yang dah pernah pergi Thailand mesti pernah nampak Cafe' Amazon. Mana taknya, Café Amazon adalah rangkaian kafe terbesar di Thailand dengan sekitar 2,500 outlet. Sebagai perbandingan, rangkaian kafe Starbucks yang merupakan terbesar di dunia hanya ada sekitar 400 outlet di Thailand.

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand

Café Amazon ini membawakan konsep “Green Oasis". Matlamat mereka untuk bagi pelanggan relaks, tenang, chill, melepak dengan suasana damai, dikelilingi kehijauan, ditemani kopi premium pada harga berpatutan.

Banyak outlet mereka diberi hiasan landskap indah. Ada pohon besar, tanaman kecil, air terjun dan sebagainya.

Jadi, kalau anda ke Thailand itu jangan cari street food saja, buat plan untuk terjah ke Café Amazon juga. Ini tak ramai orang Malaysia buat.

Tak susah pun nak cari sebab ada banyak sangat cawangan.

Café Amazon Singhanakorn

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand

Tapi, kebanyakan kita familiar dengan Selatan Thailand kan. Jadi, kami cadangkan untuk anda pergi satu outlet di Singhanakorn. Sekitar 30 minit saja perjalanan dari Bandar Hat Yai. Kalau anda dalam perjalanan nak ke Songkhla memang akan lalu disini.

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand

Macam tak percaya kafe secantik ini sebenarnya hanya terletak di Stesen Minyak PTT. Tapi stesen minyak ni dah macam R&R ! Café Amazon disini juga antara kafe tercantik di seluruh Thailand.

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand

Haa, takyah pergi jauh-jauh pun. Berdekatan Hat Yai pun dah dapat pergi kafe tercantik !

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand

Bab harga, Café Amazon menawarkan kopi premium pada kadar separuh harga dari Starbucks ! 😉 Dah sampai, boleh beli tumbler dan barangan lain sebagai kenangan.

Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand
Café Amazon Paling Cantik Berdekatan Hat Yai ! Singhanakorn Café Amazon, 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram