cara aktifkan kad atm bank debit maybank bagi penggunaan transaksi luar negara how to activate atm debit bank card for overseas transaction

Cara Aktifkan Kad Maybank & Lakukan Pengeluaran Tunai di Luar Negara

Dikemas Kini: 3 Mac 2023
Surga Route

Ramai beranggapan adalah penting untuk kita membawa kad debit atau kad bank milik kita saat melancong ke luar negara, walaupun sudah mempunyai wang tunai secukupnya dan kesemua keperluan penginapan dan penerbangan telah ditempah.

Ini adalah sebagai 'backup' jika berlaku kecemasan seperti sakit, tertinggal kapal terbang, beg terlebih berat, ditipu warga tempatan, atau terlebih shopping hehe. Jadi, disitulah fungsinya kita membawa bersama kad debit saat kita melancong.

Tetapi, tiada guna jika kita membawa kad bank tanpa mengaktifkannya untuk transaksi luar negara terlebih dahulu. Haa, ingat tu ! Semua kad yang mahu digunakan di luar negara perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Jadi untuk memudahkan anda mengaktifkan kad ATM Maybank untuk penggunaan luar negara, berikut kami kongsikan caranya. 

Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara menggunakan Maybank2u

Cara Aktifkan Kad Maybank & Lakukan Pengeluaran Tunai di Mesin ATM Luar Negara

1- Log Masuk

Langkah pertama anda perlu log masuk ke akaun Maybank2u. Masukkan makumat seperti yang biasa anda lakukan. 

2- Klik Home 

 Langkah kedua, pada bahagian menu Home anda klik 'Card Management'

3- Klik 'Overseas ATM facility'

Langkah seterusnya, anda klik 'overseas ATM facility' > pilih 'activation' pada ruang 'please select' >  klik continue > masukkan tempoh yang anda ingin aktifkan di luar negara  > continue > request TAC dan masukkan TAC > klik confirm. 

4- Selesai

Cara aktifkan Kad Maybank untuk kegunaan luar negara menggunakan mesin ATM

Cara Aktifkan Kad Maybank & Lakukan Pengeluaran Tunai di Mesin ATM Luar Negara

1- Macam biasa, masukkan kad di slot dan juga pin. Selepas masukkan pin, pilih menu - Lain-Lain Urus Niaga.

2-Skrin kedua, pilih pula Lain-Lain Perkhidmatan.

3-Skrin seterusnya, pilih Perkhidmatan ATM Plus.

4-Pilih Aktifkan (Sementara).

5-Masukkan nombor IC apabila diminta untuk pengesahan.

6-Masukkan tarikh mula dan tarikh akhir penggunaan kad di luar negara.

Selesai.

Nota:

Pada bahagian tempoh pengaktifan, kami cadangkan jangan masukkan tarikh genap-genap. Maksudnya, letak tarikh dua tiga hari awal daripada tarikh berlepas, dan tarikh akhir dua tiga hari ataupun seminggu selepas tarikh kita tiba semula ke tanah air. In case, terpaksa extend trip - airport tutup ke, flight delay ke, taklah kelam kabut jadinya.

-----

Cara nak keluarkan duit di ATM di luar negara

Cara Aktifkan Kad Maybank & Lakukan Pengeluaran Tunai di Mesin ATM Luar Negara

Cari mesin ATM yang ada logo ATM Plus / Visa / Mastercard / Cirrus. Kebanyakan mesin ATM memang ada semua logo itu.

Lalui proses macam biasa - pilih bahasa - masukkan pin - saving account - amaun pengeluaran dan lain-lain.

Untuk Maybank, caj sekali pengeluaran di luar negara ialah RM12.

Jadi, elakkan keluar duit banyak-banyak kali.

Had pengeluaran sehari ialah RM3000. Kira betul-betul kadar pertukaran wang di negara itu dengan RM.

Sekiranya kita gagal keluarkan duit daripada mesin ATM satu bank, cuba lagi di ATM bank-bank lain sehingga dapat.

-----

Nota:
Untuk swipe debit card Maybank di luar negara, apabila cashier tanya debit ataupun credit card, jawab credit card. Sebabnya, apabila di luar negara, debit card kita berfungsi sebagai credit card, sebab kita bukan guna bank tempatan. Dan masih perlu pastikan amaun dalam akaun kita mencukupi untuk buat pembayaran.

5 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram