Cara Beli Tiket Penerbangan Murah Melalui Aplikasi Skyscanner ! How to buy cheap flight tickets through skyscanner cara beli tiket penerbangan murah melalui aplikasi skyscanner

Cara Beli Tiket Penerbangan Murah Melalui Aplikasi Skyscanner !

Dikemas Kini: 2 Mei 2023
Surga Route

Skyscanner adalah satu platform pihak ketiga yang mengumpulkan harga-harga tiket kesemua penerbangan, dari kesemua syarikat dan memaparkan di laman web mereka untuk pengguna mendapat perbandingan harga dan beri pilihan tiket flight murah yang berada di pasaran. Tak perlu dah kita nak pergi ke tab and survey harga tiket flight murah satu persatu.

Mereka juga ada tawarkan servis lain seperti bantu cari hotel penginapan untuk anda tinggal sepanjang tempoh percutian anda, dan juga kereta sewa yang boleh digunakan sebagai kenderaan sementara sewaktu melancong di destinasi idaman anda nanti. Memang complete set syarikat ni sediakan.

Anda boleh pilih samada ingin tempah tiket flight murah melalui website mereka di Google ataupun muat turun aplikasi Skycanner di Apple App Store (Iphone) dan Google Play store (Android). Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Skycanner.

1. Buka aplikasi Skyscanner dan tekan flight

tiket flight murah

2. Masukkan tempat dan destinasi yang anda ingin lawati

Sekiranya anda masih tidak mempunyai destinasi yang ingin dituju, masukkan sahaja “everywhere” pada search box.

tiket flight murah

3. Pilih “the whole month”

Pilihan ini sesuai bagi sesiapa yang inginkan tiket murah tapi masih belum ada tarikh percutian yang tetap.

tiket flight murah

4. Pilih destinasi

Aplikasi ini akan paparkan senarai tempat beserta harga termurah yang anda boleh dapat bagi bulan tersebut. Kemudian pilih sahaja lokasi yang anda berhajat untuk melancong.

tiket flight murah

5. Pilih tarikh mengikut preferensi anda

Sebagai contoh di sini, pilihan lokasi yang dipilih adalah ke Singapura.

Jadi, tarikh-tarikh penerbangan ke sana akan dipaparkan mengikut harga yang paling murah. Dan dari sini, anda boleh pilih tarikh dan banding harga yang sesuai dengan bajet anda.

tiket flight murah

6. Semak semula maklumat dan harga yang ditawarkan

Setelah anda check maklumat penerbangan tersebut, anda boleh tekan “Choose a Provider” untuk pilih syarikat ataupun travel agency yang tawarkan pakej harga yang termurah. Sebagai contoh di sini, travel agency eDreams menawarkan kos tiket yang termurah berbading agensi-agensi yang lain.

7. Buat pembayaran

Seterusnya, anda akan dibawa ke website provider tersebut dan boleh membuat pembayaran secara dalam talian seperi biasa.

Dah Siap !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram