cruise tasik putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya Hentikan Trip 7 Malam Bermula 31 Disember 2023 ?

Dikemas Kini: 22 Disember 2023
Surga Route

Cruise Tasik Putrajaya merupakan salah satu tarikan yang terkenal di Putrajaya. Pengunjung dapat melihat pelbagai bangunan ikonik dan pemandangan menarik Putrajaya dari sisi yang lain.

Walaupun mempunyai beberapa trip di dalam jadual pada sepanjang hari, namun antara trip yang paling mendapat sambutan adalah trip pada jam 7 malam.

https://www.tiktok.com/@surgaroute/video/7271541047312911618?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7241438382110443016

Mana taknya, trip pada 7 malam ini merupakan satu bonus apabila diibaratkan anda dapat mendapat 2 pengalaman serentak iaitu melihat pemandangan pada waktu siang dan juga pemandangan Putrajaya pada malam yang dihiasi lampu.

Selain itu, pada pertengahan perjalanan, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah.

Trip pada jam 7PM ini juga dijual dengan harga lebih rendah berbanding trip pada waktu yang lain, sebab itu ia dinamakan Sightseeing Supersaver Cruise. Jadi, siapa yang nak jimat tapi nak juga raso-raso pengalaman menaiki Cruise Tasik Putrajaya memang sesuai sangat pilih trip ini.

image 50

Namun, untuk makluman semua, Sightseeing Supersaver Cruise jam 7:00 malam atau lebih dikenali dengan Sunset Cruise 30 minit akan berakhir pada 31 Disember 2023. Hal itu dinyatakan melalui media sosial rasmi milik Cruise Tasik Putrajaya.

Bagaimanapun, mereka memaklumkan bahawa pengunjung masih boleh menikmati pemandangan matahari terbenam melalui jadual terbaharu yang akan dikeluarkan.

"Jangan sedih. Korang yang suka tengok sunset dari atas deck Cruise masih boleh menikmati pemandangan Sunset juga. Nantikan jadual terbaharu Sightseeing Cruise." , Tulis mereka.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram