dah beli tiket tapi tak dibenarkan menaiki pesawat ini 3 perkara yang anda boleh lakukan

Dah Beli Tiket Tapi Tak Dibenarkan Menaiki Pesawat? Ini 3 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan

Dikemas Kini: 12 Oktober 2023
Surga Route

Pernah tak anda terkena situasi begini; tiket flight sudah beli, tapi bila sampai masa tak dibenarkan untuk menaiki pesawat disebabkan alasan yang diberitahu tempat duduk sudah terlebih tempahan ?

Dah Beli Tiket Tapi Tak Boleh Nak Boarding Flight? 3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu 2
Kredit Foto: traveller

Benarkah Alasan ‘Overbooked’?

Sebenarnya situasi sebegini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh syarikat penerbangan untuk
maksimumkan jumlah jualan tiket mereka. Tidak semua pembeli tiket akan menaiki pesawat. Pasti ada yang terlajak tidur, batal percutian “last minute” , dan terlepas pesawat dan sebagainya. Jadi syarikat penerbangan akan membuka tempahan tiket lebih dari sepatutnya.

Sebagai contoh hanya 100 tempat duduk sebenar yang wujud tetapi di buka tempahan sebanyak 120 tiket untuk tempat duduk tadi. Jadi, mereka mengaut keuntungan lebih jika 120 orang beli, tetapi hanya 98 orang yang boarding. Sebaliknya jika situasi di mana 120 orang membeli tiket dan 120 orang juga berada ketika hendak boarding, maka akan terjadinya ‘overbooked’ disebabkan kerusi asal hanya 100 tempat duduk sahaja..

Apa Persediaan Anda?

Jadi apa persediaan anda untuk mengelakkan anda mengalami kerugian jika berlaku perkara di atas kepada anda? Di sini kami senaraikan 3 perkara yang anda perlu tahu:

1 – Beli Insurans Perjalanan

Insurans perjalanan sangat membantu bila anda menghadapi situasi ini. Cari syarikat penyedia insurans yang melindungi anda jika berlaku situasi di bawah. Dengan adanya insurans ini, anda akan mendapat pampasan bagi insiden berikut :

  1. Penerbangan tertunda / dibatalkan
  2. Kemalangan di tempat asing
  3. Bagasi rosak

2 – Daftar Masuk Awal

Untuk mengelakkan dari diri anda menjadi senarai yang paling belakang, anda digalakkan untuk melakukan daftar masuk atau ‘check in’ pada awal waktu. Ini kerana jika penerbangan sudah ditempah melebihi yang sepatutnya, ada kemungkinan nama penumpang di senarai akhir bakal dihalang untuk menaiki pesawat.

3 – Hantar Aduan

Anda juga perlu melaporkan masalah anda ke syarikat penerbangan terbabit dengan segera untuk mendapatkan pampasan seperti di bawah:

  1. Makanan, panggilan telefon terhad dan akses internet (jika ada)
  2. Penginapan hotel (di mana penginapan bermalam diperlukan)
  3. Pengangkutan antara lapangan terbang dan hotel (jika perlu)

Syarikah penerbangan terbabit perlu memlilih antara mengembalikan kos penuh tiket penerbangan yang tidak digunakan dalam masa 30 hari atau menggantikan tiket penerbangan yang baru.

Untuk lebih lanjut boleh layari laman sesawang MAVCOM di sini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram