buat passport di klia

Dah Boleh Buat Passport di KLIA ! Jabatan Imigresen Buka Pejabat Passport KLIA Bermula 19 Januari 2023

Tag:
Dikemas Kini: 18 Januari 2023
Surga Route

Pejabat Pasport KLIA akan mula beroperasi untuk orang ramai bagi urusan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa.

Bertempat di Pejabat Pasport KLIA, Jabatan Imigresen Malaysia, Long Term Car Park, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dah Boleh Buat Passport di KLIA ! Jabatan Imigresen Buka Pejabat Passport KLIA Bermula 19 Januari 2023

Okay sangat dah. Kalau ramai orang buat passport kat bandar, boleh datang lari ke sini. Mungkin tak ramai sangat sebab jauh sikit kan.

Pejabat pasport yang terletak berhampiran Lapangan Terbang ini juga memudahkan mereka yang mempunyai urusan seperti kehilangan pasport dan sebagainya.

LTCP ini pun harga parking okay lagi berbanding betul-betul di KLIA.

Dah Boleh Buat Passport di KLIA ! Jabatan Imigresen Buka Pejabat Passport KLIA Bermula 19 Januari 2023

Majlis Perasmin Pejabat Pasport KLIA akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Sebarang pertanyaan, hubungi Jabatan Imigresen menerusi Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my

Pejabat Satelit JPN KLIA

Sebagai usaha memberi nilai tambah dan kepelbagaian perkhidmatan kepada orang ramai, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut akan membuka Pejabat Satelit di KLIA yang akan mula beroperasi pada 19 Januari 2023 (Khamis).

Dah Boleh Buat Passport di KLIA ! Jabatan Imigresen Buka Pejabat Passport KLIA Bermula 19 Januari 2023  JPN KLIA

Pejabat ini menyediakan kemudahan perkhidmatan pengeluaran Dokumen Pengenalan Sementara bagi gantian kad pengenalan dan cabutan sijil lahir.

Dengan adanya Pejabat ini, diharap dapat memudahkan urusan perjalanan orang awam yang memerlukan kedua - dua dokumen tersebut memandangkan Pejabat JPN sediada yang berhampiran terletak jauh dari KLIA.

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

bole walk in ke renew passport?

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram