decathlon johor bahru toppen

Decathlon Dibuka di Johor, Yang Pertama di Luar Lembah Klang

Tag:
Dikemas Kini: 16 Januari 2023
Surga Route

Decathlon akan mengembangkan operasi mereka ke bahagian luar Lembah Klang dengan pembukaan cawangan ke-11 mereka di Johor bermula 14 Januari 2023.

Cawangan baharu Decathlon di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru dilengkapi dengan gelanggang futsal luar bersaiz penuh sebagai kawasan latihan sukan berpasukan berbumbung dan mempunyai lebih 5,000 produk eksklusif meliputi lebih 60 sukan.

Decathlon Bakal Dibuka di Johor, Yang Pertama di Luar Lembah Klang
Kredit Gambar : Johor Foodie

Cawangan baharu itu juga mempunyai kawasan perkhemahan dan peralatan gunung terbesar di kalangan kedai Decathlon lain; dipasangkan dengan pelbagai Decastudio yang terdapat di kedai dan kafe makanan sihat oleh Fuel Good oleh Agrain.

Decathlon Bakal Dibuka di Johor, Yang Pertama di Luar Lembah Klang
Kredit Gambar : Johor Foodie

Dalam usaha untuk memenuhi visi ini, kedai gaya hidup terbesar decathlon di Johor Baru adalah kedai pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman 360°, di mana sukan, gaya hidup dan tempat makan tersedia, semuanya di bawah satu bumbung.

Decathlon Bakal Dibuka di Johor, Yang Pertama di Luar Lembah Klang
Kredit Gambar : Johor Foodie

Pelancaran kedai pertama di luar Lembah Klang ini juga merupakan langkah pertama Decathlon kepada banyak lagi pembukaan kedai yang dirancang tahun ini.

Antara cawangan lain yang akan dibuka adalah cawangan ke-2 di Johor bertempat di kompleks City Square Johor Bahru bermula Februari 2023.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram