ahmad azizi destinasi makan di klang ini tampil konsep klasik ala zaman 70an restoran kukus klang kedai makan antique nostalgic p ramlee 70's p ramlee style warung eateries

Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an!

Dikemas Kini: 22 Februari 2023
Surga Route

Sekali-sekala ambil sikit 'feel' orang lama.

Bagi warga kota Kuala Lumpur atau Selangor yang teringin merasai pengalaman bersarapan dengan suasana nostalgia zaman retro 70-an seperti dalam filem P.Ramlee, anda boleh cuba ke sebuah rumah lama yang diubahsuai menjadi kedai makan di Klang, Selangor ini.

ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Ahmad Azizi

Restoran ini dinamakan sebagai 'Kukus'. Digelar sebagai ‘Restoran Kukus P Ramlee’, premis yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu sentiasa dipenuhi pelanggan, malah jika waktu puncak, pengunjung perlu beratur dan menunggu giliran untuk mendapatkan tempat.

asmawati mohamad norizan ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : asmawati mohamad norizan

Hiasannya klasik, penuh barangan antik. Antaranya pelbagai prop antik seperti basikal tua, mesin taip, serta kerusi dan meja kayu pastinya menerbitkan suasana nostalgia.

Malah, deretan tin kopi dan botol air lama  di ruang utama dan televisyen lama serta kuda rotan menjadi tumpuan tarikan di kaunter pembayaran.

Dengan binaan kayu, siling jugak dari kayu, berlantai simen tiada tiles serta kerusi bangku dan meja dari kayu sepenuhnya.

marcos gustav ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Marcos Gustav

Sejurus masuk ke dalam premis ini, lagu dendangan P Ramle serta dialog daripada  filem arahan permata seni negara itu, akan menjadi halwa telinga pengunjung.

Ruang makan yang selesa mampu memuatkan hampir 100 pelanggan dalam satu masa. 

azizah shafie ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Azizah Shafie

Banyak jajan zaman kita kecil dahulu dijual disini, tanda harga pun masih pakai $, bukan RM seperti sekarang. Lebih menarik, pelayan di restoran ini juga mengenakan pakaian tradisional selain berbaju Melayu hitam dan bersongkok seperti masyarakat Melayu lama. Terasa sungguh feel zaman kampung dahulu.

nyna zul ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Nyna Zul
syukri ali ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Syukri Ali

Sambil makan, bertemankan dengan alunan lagu Tan Sri P. Ramlee, sang seniman sepanjang zaman.

Untuk sarapan ada Roti Kukus, Roti Bakar, Kari Kaki Ayam, Lempeng dan Ubi Tebus Cicah Sambal Tumis.

sharifa hussain ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Sharifa Hussain

Makan tengahari pula ada Set Ayam Goreng, Ayam Masak Kunyit, Patin Asam Pedas dan Patin Tempoyak.

Antara yang istimewa juga ada TongMo, sosej bakar dari lemak dan daging lembu. Dimakan bersama Kerabu Betik. Makanan ini berasal dari Kemboja. Agak sukar nak jumpa TongMo pagi-pagi ni. Jadi, memang ini lah tempat anda patut pergi hujung minggu ini.

mohd azman mohd alwy ahmad azizi Destinasi Makan di Klang Ini Tampil Konsep Klasik Ala Zaman 70-an! Restoran Kukus Klang Kedai Makan Antique Nostalgic P Ramlee 70's P Ramlee Style Warung Eateries
Kredit : Mohd Azman Mohd Alwy

Lokasi

?Restoran Kukus, 70, Jln Tepi Sungai, Taman Wangi, 41100 Klang, Selangor

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram