Walaupun Malaysia ini kaya dengan pelbagai jenis makanan, ada juga makanan dari luar seperti barat, Jepun, Thailand dan sebagainya tetapi akhirnya lidah kita mesti mencari makanan Melayu juga kan.
Haa, ini kami nak kongsikan satu destinasi menikmati hidangan Melayu di Alor Setar yang ramai tak tahu iaitu Sambal Lola yang terletak di Pekan Pumpong. Kalau dah try kat sini, memang tak cari yang lain dah.
Selalu orang ingat kedai lawa, jual makanan western mahal-mahal tapi kat sini jual lauk-pauk tradisional. Tetapi bukan biasa-biasa, rasa sedap dan 'presentation' sangat menarik.
Sini tak macam kedai nasi campur, di Restoran Sambal Lola ini, pelanggan perlu membuat pesanan terlebih dahulu sebelum lauk-pauk dimasak mengikut permintaan. Jadi lauk sangat sedap, panas-panas lepas diangkat dari kuali. Lepastu lauk dihias sangat cantik macam makan kat hotel 5 bintang.
Rasa sedap, harga berpatutan dan dekorasi kedai sangat cantik. Senang cerita memang 5 bintang dalam semua aspek.
Alamat
Sambal Lola. , 2501-A & 2501-B, Belakang Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi
Restoran ini dibuka dari jam 11:30 pagi sehingga jam 10 malam pada setiap hari kecuali Jumaat.