PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan Aidilfitri di Lebuhraya Utara-Selatan pada 19 April hingga 1 Mei 2023.
Cadangan waktu perjalanan ini merupakan salah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan seterusnya menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa
Ia berikutan jangkaan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan Lebuhraya PLUS pada Hari-hari Puncak pada musim perayaan yang akan datang. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan yang mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda.

Bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor, anda dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 9:00 pagi.
Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat seperti Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang.
Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada tempoh yang sama (19 April hingga 1 Mei), pengguna lebuh raya daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.
Di samping jadual cadangan waktu perjalanan, pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik dan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, semua kemudahan awam seperti surau, tandas dan stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan dan keselesaan pengguna lebuh raya. Di kawasan-kawasan rehat ini, PLUS menyediakan pelbagai jenis gerai makanan dan minuman bagi memudahkan pengguna lebuh raya mendapatkan keperluan atau berehat seketika sebelum menyambung semula perjalanan di lebuh PLUS juga menyediakan tandas mudah alih sebagai tambahan kepada tandas awam sedia ada di R&R, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna lebuh raya. PLUS juga menempatkan anggota RELA di kawasan-kawasan tersebut untuk pengurusan trafik.
Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.