galeri baru di kuching suku pertama 2025

Galeri Seni Bakal Dibuka di Kuching Suku Pertama 2025

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Penubuhan Galeri Seni Kuching dalam sebuah bangunan lama di depan Balai Polis Sentral akan menjadi daya tarikan tambahan bagi pengunjung dan pelancong di Sarawak.

Galeri Seni Bakal Dibuka di Kuching Suku Pertama 2025
Kredit Gambar : Suara Sarawak

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, mengumumkan bahawa galeri tersebut akan dibuka di bangunan lama Majlis Perbandaran Kuching (KMC) dan dijangka beroperasi menjelang awal 2025.

Kerja-kerja pembaikkan telah pun dijalankan

“Kami sedang menjalankan pengubahsuaian di bangunan tersebut, terutamanya pada lantai, kerana terdapat beberapa bahagian yang mengalami kerosakan akibat kerja-kerja di tapak termasuk penggerudian.

Kami menjangka pengubahsuaian ini akan siap dalam tempoh satu atau satu setengah tahun lagi,”

Beliau juga meminta bangunan tersebut daripada Kerajaan Sarawak kerana ia dianggap sebagai lokasi strategik yang berdekatan dengan Muzium Budaya Borneo (BCM), Muzium Sejarah Semulajadi, dan Muzium Maritim di bandar ini.

“Para pengunjung dan pelancong yang berminat dengan sejarah, artifak, dan karya seni boleh mengunjungi tempat menarik ini dengan berjalan kaki,” tambahnya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram