harga hotel di mekah & madinah melambung tinggi !

Harga Hotel di Mekah & Madinah Melambung Tinggi !

Tag:
Dikemas Kini: 6 Mac 2023
Surga Route

Bakal jemaah umrah diminta bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

Kenaikan harga itu berlaku berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.

"Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik COVID-19 beransur pulih. Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak.

Sehubungan itu, hal berkenaan dikhuatiri menimbulkan kemarahan jemaah umrah yang mendesak untuk menurunkan kadar pakej umrah bagi mengekalkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan masing-masing.

Situasi itu juga menyebabkan pihak agensi pelancongan juga menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram