harga terkini pakej umrah 2023

Harga Pakej Umrah Terkini 2023 & Senarai Agensi Umrah Berlesen

Dikemas Kini: 8 Februari 2023
Surga Route

Ibadah Umrah, ataupun ramai menggelarkannya sebagai 'Haji Kecil' adalah salah satu ibadah yang wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan.

Sudah tentu, sebagai Umat Islam kita menyimpan hasrat dan impian untuk menjadi tetamu di rumah Allah. Bagaimanapun, saban tahun kos bagi perjalanan menunaikan umrah semakin meningkat, terkesan akibat peningkatan harga barangan, tiket penerbangan, kos penginapan, cukai dan pelbagai kos lain.

Harga Umum Pakej Umrah 2023

Justeru, ramai yang tertanya-tanya berapakah harga terkini bagi pakej umrah semasa. Berapakah harga pakej umrah yang boleh dikatakan murah, berbaloi ataupun mahal ?

Untuk dijadikan asas ukuran, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) telah melakukan perbincangan dan menyatakan pakej umrah pada kadar harga RM7,890 dengan kemudahan penginapan pada jarak kira-kira 300 meter, boleh dijadikan sebagai rujukan untuk orang ramai dalam membuat pilihan, bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Bermakna, RM7,890 dengan kemudahan penginapan pada jarak kira-kira 300 meter adalah harga yang berbaloi dan munasabah. Jika harga yang sama untuk jarak penginapan yang lebih jauh, pakej tersebut boleh dianggap mahal dan jika harga yang sama untuk jarak penginapan yang lebih dekat, pakej tersebut boleh dianggap murah.

Jika harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding pakej asas RM7,890, pelanggan boleh mengharapkan agar jarak penginapan lebih berdekatan ke masjid ataupun mempunyai kelas bintang yang lebih tinggi.

Secara asasnya, harga ini boleh dijadikan sebagai rujukan oleh orang ramai dalam membuat pilihan pakej umrah yang bersesuaian dengan kemampuan. Harga pakej berkemungkinan lebih tinggi atau rendah bergantung kepada lokasi hotel, tempoh tempahan, musim perayaan dan sebagainya

Faktor Perbezaan Harga Pakej Umrah Di Malaysia

Setiap agensi mengenakan kadar harga yang berbeza untuk setiap pakej mereka.

Sebagai panduan, berikut merupakan antara faktor mengapa harga yang ditawarkan berbeza untuk setiap pakej.

  1. Jumlah katil untuk setiap bilik – Contoh: Bilik yang mempunyai 2 katil sahaja lebih mahal berbanding bilik yang perlu dikongsi 3 orang.
  2. Jarak tempat penginapan dari/ke Masjidil Haram / Masjid Nabawi
  3. Jenis dan kelas penerbangan
  4. Tarikh umrah – Umrah pada bulan Ramadan atau tarikh-tarikh tertentu lebih mahal
  5. Lain-lain perkhidmatan – Lawatan, umrah sunat, makanan dan lain-lain.

Tentunya, harga untuk pakej Umrah adalah berbeza bagi setiap agensi kerana setiap agensi menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Mari kita lihat beberapa pakej Umrah oleh beberapa agensi umrah yang agak terkenal seperti di bawah :

1. Tabung Haji Travel

Secara ringkasnya, pihak Tabung Haji Travel mempunyai dua pakej seperti yang berikut:

  1. Pakej Fairuz: Harga dari RM8190
  2. Pakej Nilam: Harga dari RM10590

Untuk maklumat lanjut mengenai setiap pakej, sila layari laman web rasmi THT di https://www.thts.com.my/umrah

2. Al Quds Umrah and Tours

Pakej Umrah 2023

Syarikat al Quds mempunyai 2 pakej seperti yang berikut:

  1. Umrah Anjum
  2. Umrah Safwah

Sila rujuk poster di atas untuk harga dan tarikh

Untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan tarikh terkini, sila hubungi nombor yang tertera dalam poster di atas atau dengan melayari laman web rasmi al Quds Umrah and Tours di alamat https://www.alqudstravel.com/v1/

3. Felda Travel

Pakej Umrah 2023

Felda Travel juga mempunyai harga pakej Umrah yang menarik untuk anda yang berminat.

Berikut merupakan antara pakej yang ditawarkan:

  1. Pakej Nuhasi
  2. Pakej Fiddi
  3. Pakej Zahabi

Untuk dapatkan sebut harga terbaik bagi perjalanan Umrah anda, anda boleh layari laman web Felda Travel di https://feldatravel.com.my/pakej-umrah/

4. Tiram Travel

Pakej Umrah 2023

Tiram Travel merupakan salah satu syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan jemaah haji di Malaysia.

Syarikat yang mempunyai ibu pejabat di Johor ini mempunyai banyak agensi di negeri-negeri di Malaysia maka tidak hairanlah kita biasa lihat mereka biasanya mempunyai jumlah jemaah yang besar ketika di lapangan terbang.

Tiral Travel mempunyai banyak pakej (namun tidak dinyatakan nama pakej) dan anda boleh mendapatkan sebut harga pakej Umrah melalui laman web rasmi Tiram Travel di https://www.tiram.com.my/

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus nombor yang tertera dalam poster di atas.

5. Andalusia Travel & Tours

Syarikat Andalusia juga merupakan antara syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan jemaah Umrah.

Malah, mereka juga mempunyai kuota untuk jemaah Haji dan mempunyai pakej-pakej pelancongan yang lain juga.

Antara pakej Umrah yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia adalah:

  1. Umrah Ziarah
  2. Umrah Penerbangan Terus
  3. Umrah Penerbangan Transit
  4. Umrah Penerbangan Biasa
  5. Umrah Ramadhan
  6. Umrah Syawal

Untuk semakan harga pakej Umrah, masukkan tarikh dalam kotak carian di halaman web rasmi Andalusia di https://www.umrahandalusia.com/servis/umrah dan anda akan dipaparkan dengan trip Umrah yang masih available beserta harga.

Semakan Pengendali Umrah Yang Sah & Berdaftar Di Malaysia

Jemaah umrah dinasihatkan supaya menyemak pakej yang ditawarkan agensi & syarikat pengusaha pelancongan dan memastikan syarikat tersebut adalah pengendali umrah berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Senarai syarikat pelancongan umrah berlesen ini boleh disemak menerusi laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/semakan/umrah.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram