harga tiket fantasia aquapark 2023

Harga Tiket Fantasia Aquapark Jitra Dinaikkan. Ini Harga Tiket Masuk Terbaru ! [Kemaskini Januari 2023]

Tag:
Dikemas Kini: 6 Januari 2023
Surga Route

Taman Tema air sememangnya satu tempat yang menarik untuk membawa keluarga bercuti. Terutamanya bagi kanak-kanak pada musim cuti sekolah. Di Kedah terdapat sebuah taman tema air yang baru dibuka iaitu Fantasia Aquapark, Jitra.

Fantasia Funtastik Aquapark Jitra. Ini Harga Tiket Masuk Terbaru ! [Kemaskini Januari 2023]

Lokasi taman tema ini agak strategik kerana walaupun terletak di daerah Kubang Pasu tetapi ianya hanya sekitar 30 minit dari Bandaraya Alor Setar iaitu ibu negeri dan pusat ekonomi Kedah.

Orang-orang belah utara boleh membawa anak-anak mandi di sini. Budak-budak mesti syok mandi sambil main dalam kolam. Pelbagai tarikan menanti anda di sini dan bukan sekadar mandi sahaja.

Fantasia Funtastik Aquapark Jitra. Ini Harga Tiket Masuk Terbaru ! [Kemaskini Januari 2023]

Harga Tiket

Untuk makluman semua, bermula 1/12/2022, harga tiket kemasukan ke Fantasia Funtastik Aquapark berharga RM20 (tidak termasuk cukai kerajaan) RM21.50 (Termasuk cukai) untuk dewasa & kanak-kanak manakala PERCUMA bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah.

Fantasia Funtastik Aquapark Jitra. Ini Harga Tiket Masuk Terbaru ! [Kemaskini Januari 2023]

Bila dah masuk cukai, harga tiket adalah RM21.50 untuk dewasa & kanak-kanak.

Waktu Operasi

Fantasia Funtastik Aquapark beroperasi setiap hari kecuali pada selasa bermula jam 10 pagi sehingga 7 petang.

Lokasi

Fantasia Aquapark, 1, Jalan Golf, & Country Club, 06000 Jitra, Kedah.
Lokasi Google Maps : Klik Disini

Jangan lepaskan peluang anda untuk meluangkan masa bersama orang tersayang di Fantasia Funtasik Aquapark.

Jumpa di sana!

4.5 2 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram