harga tiket menara alor setar. kemaskini januari 2023

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Tag:
Dikemas Kini: 6 Januari 2023
Surga Route

Menara Alor Setar merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Selain berkhidmat sebagai menara telekomunikasi bagi Telekom Malaysia, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandaraya Alor Setar.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga terdapat restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88.5 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Bagi pelawat, terdapat 3 tarikan utama di Menara Alor Setar ini iaitu Observation Deck, Star View dan juga Starsky Restaurant & Lounge.

Observation Deck

Bagi Observation Deck, ianya adalah dek pemandangan yang terletak di Aras 88 meter membolehkan tetamu menikmati pemandangan panoramik Bandaraya Alor Setar. Terdapat lima set teropong automatik disini.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Pengunjung boleh menggunakan teropong untuk menikmati pemandangan menakjubkan yang terbentang dari Gunung Jerai (Puncak Kedah) ke Gunung Keriang dan hamparan luas sawah padi yang terletak di antara kedua-dua gunung itu.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Star View

'Star View' pula adalah bilik kaca yang dibina pada ketinggian 105 meter dengan kos RM20 Juta. Orang ramai yang mengunjungi Menara Alor Setar berpeluang menyaksikan keindahan dan pemandangan bandar raya ini melalui bilik kaca tersebut.

Pembinaan bilik kaca itu diilhamkan daripada kejayaan dua bilik kaca yang terdapat di Menara Kuala Lumpur.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Terdapat dua bilik kaca berwarna hijau dan kuning di Menara Alor Setar yang melambangkan warna ikonik Kedah dibina dengan lantai kaca bersaiz empat meter persegi pada ketinggian 105 meter yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan Alor Setar.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

'Bilik kaca pertama atau Star View 1 yang berwarna hijau membolehkan pengunjung melihat keindahan panorama sawah padi dengan keindahan Gunung Keriang, manakala menerusi Star View 2 yang berwarna kuning pengunjung boleh melihat bangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat serta pemandangan sejauh ke Pulau Langkawi.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023
Kredit Foto : Bernama

Setiap bilik kaca itu dapat menampung enam hingga sepuluh orang dalam satu masa dan setiap seorang hanya dibenarkan berada di dalamnya selama dua minit sahaja bagi membolehkan pengunjung lain turut mendapat peluang merasai pengalaman itu.

Pihak Menara Alor Setar juga telah menyediakan beberapa kemudahan lain seperti ruang menunggu dan lif hidraulik bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman baharu itu.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Starsky Restaurant & Lounge

Starsky Restaurant & Lounge adalah restoran berputar yang pertama & satu-satunya di Alor Setar, Kedah.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Anda boleh menikmati pelbagai hidangan lazat pada ketinggian 94 meter di atas paras laut, terutamanya di waktu senja, dengan pemandangan matahari terbenam yang indah di sebelah barat menara.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Harga Tiket

Harga tiket ke Menara Alor Setar adalah berbeza bagi hari bekerja dan juga hujung minggu. Pada hari bekerja, warganegara Malaysia dewasa dikenakan RM7 untuk ke Observation Deck dan RM25 bagi pakej Star View.

Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah serta warga emas 60 tahun ke atas pula dikenakan kadar harga RM5 bagi observation deck dan juga RM15 bagi pakej Star View.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023

Pada hujung minggu pula, warganegara Malaysia dewasa dikenakan RM8 untuk ke Observation Deck dan RM26 bagi pakej Star View.

Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah serta warga emas 60 tahun ke atas pula dikenakan kadar harga RM6 bagi observation deck dan juga RM16 bagi pakej Star View.

Harga Tiket Menara Alor Setar. Kemaskini Januari 2023
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram