asai gamuda cove

Hotel Bernilai RM150 Juta Bakal Dibangunkan di Gamuda Cove !

Dikemas Kini: 14 Disember 2023
Surga Route

Gamuda Cove yang meliputi 619.17 hektar adalah kawasan pembangunan perbandaran terancang yang menawarkan aktiviti pelancongan mesra alam yang menarik termasuk pengembaraan adan taman tema air Splash Mania.

Kawasan itu turut dilengkapkan dengan pembangunan kediaman dan komersil, termasuk sekolah, universiti, pusat perubatan, ruang runcit dan pejabat.

image

Gamuda Cove bakal terus menjadi kawasan tarikan pelancongan apabila sebuah hotel gaya hidup skala pertengahan dengan nilai RM150 juta bakal dibangunkan di kawasan tersebut.

Hotel itu akan diuruskan oleh Dusit Hotels and Resorts, cabang hotel Dusit International iaitu antara syarikat pembangunan hotel terkemuka Thailand.

ASAI

Hotel itu akan mempunyai 280 bilik, dan beroperasi di bawah jenama gaya hidup Dusit iaitu ASAI Hotels yang menjanjikan pengalaman berciri lokal buat pengunjung.

Hotel ASAI Gamuda Cove akan menjadi hotel pertama di bawah model 'ASAI Tropical' Dusit yang khusus untuk hartanah terletak di kawasan keindahan semula jadi yang luar biasa.

ASAI Gamuda Cove turut bersedia untuk memenuhi keperluan pelancong domestik dan antarabangsa yang akan menikmati pelbagai aktiviti eko-pelancongan Gamuda Cove seperti SplashMania Waterpark, Discover Park dan Paya Indah Discovery Wetlands.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram