hotel halal pertama di bali ini memang sesuai untuk pelancong muslim ! hotel rhadana kuta, bali

Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim !

Tag:
Dikemas Kini: 23 Januari 2023
Surga Route

Pulau Bali mendapat jolokan sebagai Pulau Dewata disebabkan kuatnya pengaruh agama Hindu bagi masyarakat disana.

Hampir 90% penduduk Bali adalah beragama Hindu. Kalau orang yang belum pernah sampai ke sana mungkin risau sedikit soal makanan dan sebagainya.

Rhadana Hotel

Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim ! Hotel Rhadana Kuta, bali

Salah satu rekomendasi kami jika anda ke Bali adalah menginap di Rhadana Hotel sebab ini adalah hotel pertama di Bali yang mendapat pengiktirafan Halal dari MUI (Majelis Ulama Indonesia).

Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim ! Hotel Rhadana Kuta, bali

Restoran mereka iaitu De’dapoer menghidangkan hanya makanan & minuman yang halal. Dalam bilik disediakan kelengkapan Qur'an dan juga kelengkapan bagi menunaikan solat. Surau pun ada.

Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim ! Hotel Rhadana Kuta, bali

Lagi seronok, dekorasi setiap bilik penginapan disini tak sama tau. Setiap bilik dihias dengan dekorasi berbeza mengikut tema setiap bilik. Ada macam-macam tema, antaranya tema The Beatles, Volkswagen dan pelbagai lagi.

Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim ! Hotel Rhadana Kuta, bali
Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim ! Hotel Rhadana Kuta, bali
Hotel Halal Pertama di Bali Ini Memang Sesuai Untuk Pelancong Muslim ! Hotel Rhadana Kuta, bali

Malah, Hotel Rhadana juga adalah antara hotel dengan kadar harga penginapan terendah di Bali. Cuma, kekurangan hotel ini adalah ia tidak terletak betul-betul di tepi pantai. Kira-kira 10 minit perjalanan untuk pantai terdekat iaitu Pantai Kuta.

Sebenarnya kita bukannya risau berkenaan agama Hindu penduduk tempatan sangat pun, sebab kita tahu mereka sangat baik cuma kita risau dengan perangai ramai pelancong asing di sekitar Bali ini. Kadang-kadang mereka pulang dari kelab malam dengan keadaan mabuk dan sebagainya. Jadi, Hotel Rhadana ini adalah satu pilihan yang bagus untuk elak dari bertemu kejadian sedemikian.

Alamat

📍Hotel Rhadana, Jl. Raya Kuta No.88, Kuta, Kec. Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram