10 pulau sabah yang cantik dan wajib anda pergi

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Sabah sememangnya terkenal dengan kecantikan pulaunya. Pasir pantainya yang putih, air lautnya yang jernih dan kristal kebiruan membuatkan pulau-pulau di Sabah sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Di sini kami kongsikan 10 pulau di Sabah yang pasti berbaloi untuk anda lawati:

1 – Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah.

Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil, namun terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya. Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti menyelam.

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !
Kredit Gambar : Cuti Viral

Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut dan sebagainya.

Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang kecil dari Kota Kinabalu terus ke Lapangan Terbang Tawau. Dari jeti di Tawau, terdapat bot laju yang boleh disewa ke Pulau Mabul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam untuk tiba ke destinasi tersebut.

Namun, disebalik keindahan pulau ini, ada peraturan ketat yang anda harus patuhi. Untuk pengetahuan anda, setiap pengunjung diwajibkan mempunyai permit lawatan dan trip perjalanan tidak boleh melebihi dari pukul empat petang. Ini kerana, selepas pukul empat petang, terdapat bot pintasan yang akan mengawasi perairan ini yang boleh menyebabkan kewarganegaraan seseorang boleh dipertikai antara negara Malaysia dan Filipina.

2 – Pulau Sipadan

Pulau Sipadan sememangnya antara pulau yang paling popular di Sabah. Pulau Sipadan juga telah memenangi banyak anugerah pelancongan dalam dan luar negara. Tidak hairanlah Pulau Sipadan sudah banyak kali menjadi liputan rancangan hebat seperti National Geographic dan Discovery Channel

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !

Melihat 7-8 ekor penyu untuk satu kali penyelaman adalah mudah dan tidak sukar seperti di tempat lain. Salah satu aktiviti yang sering menjadi impian penyelam di sini ialah mencari barracuda tornado, satu fenomena yang cukup unik di dalam laut. Ekosistem perairan Pulau Sipadan dikatakan mempunyai lebih 3000 spesis ikan dan batu karang yang masih terjaga.

Penyelam juga boleh menyelam ke dasar laut yang dikenali sebagai ‘perkuburan penyu’ kerana penuh dengan cengkerang penyu yang sudah mati. Meskipun dahulunya Pulau Sipadan sering menjadi tajuk berita hangat kerana isu penculikan, namun kini tahap keselamatan telah diperketatkan oleh ATM & TLDM bagi mengelak sebarang ancaman lanun luar.

3 – Bohey Dulang

Dikenali dengan jolokan Pulau Mutiara, Bohey Dulang adalah pulau kedua terbesar di antara kepulauan Taman Laut Tun Sakaran. Pulau ini terletak 23km dari Semporna dan mempunyai kawasan seluas 313 hektar.

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !

Bohey Dulang menjadi destinasi kegemaran pendaki dan pencinta burung. Ini kerana di Bohey Dulang ini anda boleh mendaki untuk melihat permandangan lagun indah dari puncak 353m.

Lagun-lagun yang berada di sebelah selatan pulau ini dikatakan terbentuk daripada bekas kawah gunung berapi yang sudah beratus tahun lamanya. Pulau-pulau itu adalah bagian dari kawah gunung berapi yang sudah pupus yang kini membentuk lagun yang indah. Berdekatan Bohey Dulang ialah Pulau Bodgaya yang hanya dipisahkan oleh beberapa meter sahaja yang juga merupakan pulau terbesar di situ.

Terletak di dalam perairan Taman Kepulauan Semporna, iaitu salah satu ekologi marin yang paling kaya dengan hidupan laut di Malaysia.

4 – Pulau Lankayan

Pulau Lanyakan terletak di Lautan Sulu di Sandakan kira-kira 300 km ke arah utara barat laut Kota Kinabalu. Pulau ini berpasir putih yang cantik dan kaya dengan terumbu karang yang hidup di sekelilingnya yang menjadi habitat kegemaran marin.

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !

Di Lankayan, salah satu tempat menyelam yang paling popular ialah Jaw Fish Lair yang hanya 4 hingga 5 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Lankayan. Jika bernasib baik anda sendiri boleh lihat ikan kerapu, ikan anemone, fusilier dan nudibranches termasuk blue ribbon eel, ghost pipe fish (bermusim), juvenile cat fish, peacock mantis shrimp, dan penyu.

Lankayan mempunyai lebih daripada 32 lokasi dan kebanyakan kawasan menyelam ini hanya beberapa minit menaiki bot dari jeti. Disebabkan itu Pulau Lankayan menjadi destinasi menyelam yang terkenal di kalangan penyelam profesional dalam dan luar negara.

5 – Pulau Layang-Layang

Pulau Layang-layang merupakan pulau yang mempunyai kisah sejarahnya yang tersendiri. Pulau ini merupakan satu-satunya pulau kecil yang mempunyai kawasan pendaratan kapal terbang. Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah.

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !

Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan pembinaan fasiliti di situ dan menempatkan pasukan PASKAL dan TLDM untuk mengawasi terumbu Layang-layang.

Pulau ini terkenal dengan perairan terumbu karang, tempat penyu bertelur dan juga kawasan perairan ikan paus jerung. Pusat peranginan yang dibina di sini membolehkan pulau ini menjadi tarikan kepada pelancong luar negara majoritinya.

6 – Pulau Mataking

Terletak kira-kira 40 minit dari Semporna dan 45 minit perjalanan dari Pulau Sipadan. Di sini terdapat sekitar 30 lokasi menyelam dan antara yang paling popular ialah di Magic Rick, Mantis Reef dan di Alice Wall. Ikan-ikan di sini ada yang spesis besar seperti baraccuda, ikan pari, dan tuna.

Ibarat Maldives, Ini 10 Pulau Cantik di Sabah Yang Anda Mesti Pergi !

Pulau Mataking mempunyai pantai berpasir putih yang sangat gebu, air pantai yang jernih, pemandangan matahari terbenam yang romantis dan juga resort yang mewah. Pulau Mataking sangat popular untuk anda yang inginkan majlis perkahwinan yang lain daripada yang lain.

Di sini anda boleh memilih untuk mengadakan majlis perkhawinan ‘outdoor’ di tepi laut. Dan bergambar di lautan yang luas sebagai latar belakang yang indah lagi mengagumkan sambil dikelilingi oleh suasana pulau tropika yang murni.

7 – Pulau Tiga

Pulau Tiga bermaksud ‘tiga pulau’ dalam bahasa Melayu, dikelilingi oleh Laut China Selatan. Namanya tidak asing bagi pelancong dalam dan luar negara. Kalau nak tahu, di sinilah merupakan lokasi penggambaran rancangan realiti TV yang terkenal, Survivor untuk musim pertama.

image 7 3
Kredit Gambar : @rosesabahlady

Pulau Tiga sememangnya kaya dengan khazanah laut dan darat seperti burung, reptilia dan juga serangga-serangga hutan. Selain menerokai alam floran fauna di pulau ini, anda juga boleh menyelam di perairan sekitarnya untuk melihat marbled stingrays, bamboo shark dan juga ular laut di dasarnya.

Selain permandangan indah di lautan yang luas dan pantainya berpasir putih dan air kebiruan, di sini anda boleh berendam di kolam lumpur. Anda juga boleh memilih untuk berjalan kaki singkat di hutan, kunjungi pulau ular yang berdekatan untuk melihat pemandangan hidupan liar atau berkhemah di alam liar!

8 – Kapalai

Pulau Kapalai di Sabah sangat jarang didengari mungkin disebabkan lokasinya terpencil dan bentuk geografinya tidak seperti pulau-pulau yang lain. Pulau Kapalai yang terletak di antara Pulau Sipadan dan Mabul ini sebenar terbentuk daripada landaian pasir dan bukanlah terbentuk dari timbulan daratan yang luas.

Landaian pasir di Pulau Kapalai ini dikelilingi dengan jaluran terubu karang yang di panggil ‘Terumbu Ligitan’ ini menjadikan ianya sangat unik. Disebabkan pulai ini jarang didatangi orang luar, kebersihan dan keindahan hidupan marin masih terjaga dengan baik.

Jika anda ke sini, apa yang anda akan lihat hanyalah sebuah perkampungan resort yang di bina di atas air di tengah lautan luas sambil anda boleh melihat hidupan marin berenang di dasar terumbu karang.

9 – Pulau Mantanani

Untuk anda yang bercuti di Kota Kinabalu, antara pulau yang secantik pulau di Semporna adalah Pulau Mantanani. Kepulauan Mantanani membentuk sekumpulan kecil tiga pulau di lepas pantai barat laut negeri Sabah, Malaysia, di seberang bandar Kota Belud, di utara Borneo. Pulau terbesar adalah Mantanani Besar dan dua pulau lagi adalah Mantanani Kecil dan Lingisan.

image 7 4

Ianya merupakan sebuah pulau yang agak jauh dari Kota Kinabalu Sabah iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan menaikikan kereta. Dari dari Kuala Abai Jetty, Kota Belud pula anda perlu menaiki bot selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Pulau.

Disebabkan ianya agak jauh daripada tanah besar Kota Belud, pulau ini terpelihara daripada sampah. Pantainya putih dan air lautnya kristal kebiruan saat di sinari cahaya matahari. Pulau-pulau ini adalah tempat popular untuk aktiviti menyelam kerana terdapatnya 3 bangkai kapal selam dari Perang Dunia Kedua berdekatan selain daripada kaya dengan hidupan marinnya.

Untuk menginap di sini anda boleh memilih sama ada chalet atau resort bergantung kepada bajet anda.

10 – Pulau Sapi, Manukan & Mamutik

Pulau Sapi merupakan pulau yang paling popular dengan hidupan laut jika anda bercadang untuk bercuti di pulau di Kota Kinabalu. Pulau Sapi bersama-sama Pulau Manukan dan Pulau Mamutik merupakan salah pulau yang terletak di dalam kawasan Tunku Abdul Rahwan National Park.

image 7 5

Kebanyakan pelancong yang datang ke Pulau Sapi pasti akan mengambil pakej Island Hopping kerana pulau-pulau yang dinyatakan di atas tidak jauh dan hanya mengambil masa sekitar 15 hingga ke 20 minit sahaja menaiki bot.

Selain itu aktiviti air seperti mandi pantai dan snorkeling, anda juga berpeluang untuk mencuba sukan-sukan air yang tidak kurang hebatnya seperti bermain jetski, parasailing dan banana bot ride.

Pulau-pulau di Sabah sememangnya cantik dan berbaloi untuk dilawati. Malah sangat berpatutan dari segi harga yang ditawarkan. Terpulang kepada bajet dan aktiviti yang anda ingin lakukan, rancang percutian dan sokonglah industri pelancongan di dalam Malaysia.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram