cara buat duit ketika travel

Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !

Dikemas Kini: 12 Oktober 2023
Surga Route

Kadang-kadang kita hairan macam mana ‘Mat Saleh’ ni boleh travel keliling dunia. Tak kerja ke? mana dorang ni dapat duit untuk travel kan?

Sebenarnya, kalau nak tahu ramai 'full time traveller' ini menjadikan 'travel' itu sebagai pekerjaan dan menjana pendapatan dari situ. Haa macamana tu ?kali ini kami nak kongsikan bagaimana dengan travel sebenarnya anda juga boleh jana duit.

1 – Personal Shopper

Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !

Siapa yang sukakan shopping pasti suka pekerjaan ini. Mana tak nya, sambil shopping sambil itu juga bercuti kan? Selalunya, pelanggan ataupun 'client' bagi personal shopper ini adalah golongan-golongan atasan yang mempunyai banyak duit, tetapi tidak mempunyai masa untuk keluar membeli barangan tersebut.

Apatah lagi, kalau barangan tersebut adalah terhad, dan hanya boleh didapati di luar negara. Para pelanggan sanggup membayar lebih bagi mendapatkan barang tersebut. Jadi, confirm anda akan menjana pendapatan lumayan.

2 – Blogging

Bila adanya zaman teknologi, sangat mudah untuk jana duit dari internet. Rata-rata traveller sepenuh masa ini mempunyai blog atau website. Apa yang nak di tulis di blog? mudah sahaja. Anda boleh tulis tentang pengalaman, tips, itinerari, rujukan dan macam-macam lagi. Jadi, blog anda akan jadi rujukan orang ramai. Jadi anda boleh gunakan blog anda sebagai platform iklan contohnya google adsense, infolink, chitika dan pelbagai lagi.

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 3 Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !
Kredit Foto: impactbnd

3 – Vlogging

Vlogging atau pun video + blogging ini menjadi popular sejak adanya Youtube. Kalau nak di bandingkan dengan luar negara, Youtubers (panggilan untuk vlogger yang menggunakan Youtube) di sana lebih awal jana duit dari Youtube berbanding Malaysia dan ada yang sudah jadi jutawan! Sebagaimana anda tahu, Youtube juga merupakan sebahagian dari Google. Jadi, dengan menggunkan Youtube sebagai platform iklan, anda boleh jana duit dari video-video anda. Pastikan video-video anda menarik supaya dapat menarik ramai ‘viewers’. Sebagai traveller, ‘content’ video yang anda boleh buat adalah seperti review, unboxing, tutorial, tips dan macam-macam lagi.

Tetapi, youtube tidak cukup mesra pengguna. Untuk menyediakan video yang berkualiti dengan durasi panjang di YouTube pun agak remeh juga. Nasib baik sekarang dah ada platform TikTok.

Walaupun sukar untuk menjana kewangan secara terus dengan aplikasi TikTok namun video-video di TikTok boleh menajdi satu batu loncatan untuk anda mencipta nama dan seterusnya mendapat tawaran bagi review produk, jualan barang dan sebagainya.

Image result for vlogging Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !
Kredit Foto: featherandthewind

5 – Jual Barang

Jika anda seorang ‘influencer’ dari blogger, instagram, TikTok atau facebook dan mempunyai pengikut yang ramai, anda boleh gunakan platform sosial media untuk menarik pengikut anda untuk beli barangan dari anda. Macam-macam anda boleh jual seperti lipstik, baju, beg tangan, kasut dan lain-lain. Tak semestinya menjual sahaja, tapi anda juga boleh menjadi rakan bantu jualan, atau disebut sebagai 'Affiliate'. Caranya mudah, anda hanya membuat promosi bagi sesuatu barangan dan anda akan mendapat komisen bagi setiap jualan produk.

4 – Jual Gambar / Video

Semestinya bila travel, anda mahukan gambar menarik dan cantik. Jadi anda boleh gunakan gambar-gambar anda tadi untuk di jual di ShutterStock, Smug Mug, iStockPhoto, 500px Prime dan banyak lagi. Untuk video pula, anda boleh gunakan platform Uscreen, Skillshare, Vimeo on Demand dan bermacam lagi. Sangat mudah bukan?

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 4 Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !
Kredit Foto: visitestespark

6 – ‘Paid Review’

Zaman sekarang sangat mudah untuk jana duit lebih-lebih lagi jika anda seorang yang berpengaruh. Sebagai contohnya instafamous. Pekerjaan sebagai Instafamous ini sebenarnya bukan lah mudah dan tidak lah terlalu susah, mereka di bayar untuk membuat ‘review’ sesuatu barang, atau servis. Jadi pastikan anda jujur tentang barang atau servis yang anda review. Yang paling best adalah review hotel dan pakej perlancongan. Sambil-sambil bekerja boleh ‘check-in’ hotel mahal dan bercuti!

7 – Buat artikel

Bila bercuti, anda boleh ambil masa untuk catat perkara menarik semasa bercuti untuk di jadikan artikel. Artikel-artikel tadi kemudiannya boleh di jual di platfrom-platform seperti ArticleSale, Dot Writer, Swarm Content dan banyak lagi. Untungnya anda di bayar dalam USD tau!

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 5 Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !
Kredit Foto: freelancewriting

8 – Buat ‘Freelance Job’

Anda bukan instafamous? tak ada masalah, banyak lagi platform-platfrom lain yang anda boleh gunakan untuk jadikan bakat anda kepada duit antaranya fiverr dan freelancer. Sebagai contoh fiverr, di sini bermacam jenis kerja anda boleh pilih bersesuaian dengan bakat anda. Contoh kerja yang ada di fiverr adalah design, melukis, menulis, rakam suara, alih bahasa dan macam-macam lagi. boleh google kalau tak percaya!

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 6 Ini Caranya Untuk Anda Travel Full Time, Siap Boleh Jadi Punca Pendapatan Juga !
Kredit Foto: Venture Beat

Jadi anda dah nampak macam mana fulltime traveller ni dapat pendapatan dan boleh travel selalu kan? anda pun dah boleh mula buat blog, tiktok, ceritakan pengalaman anda travel, buat youtube channel, tunjukkan video anda travel sekarang. Pilihan di tangan anda. hehe..

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram