kos haji 2023 meningkat

Ini Dia Kos & Bayaran Bagi Jemaah Haji Tahun 2023 !

Tag:
Dikemas Kini: 27 Mac 2023
Surga Route

Tabung Haji telah mengumumkan bahawa kos menunaikan haji bagi seorang jemaah Muassasah meningkat kepada RM30,850 tahun ini (1444H/2023) berbanding RM28,632 sebelumnya.

Kos haji ini merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji

Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. 

Disebabkan itu, pihak Tabung Haji juga menaikkan sedikit bayaran haji bagi jemaah Muassasah dari Malaysia. Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

kenaikan bayaran haji tahun ini adalah seiring dengan peningkatan kos menunaikan haji dan tidak dapat dielakkan berikutan faktor-faktor di luar kawalan TH.

Ia termasuk peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 15 peratus, peningkatan caj bagi perkhidmatan di Arab Saudi dan kos pasca wabak Covid-19 serta pembangunan di Makkah dan Madinah yang memberi tekanan kepada kadar sewaan bangunan penginapan.

Bagaimanapun, pihak Tabung Haji telah menetapkan Bantuan Kewangan Haji (Hafis) bagi ibadah haji tahun ini diperuntukkan kepada jemaah muassasah dalam kumpulan B40 dan M40 yang pertama kali menunaikan haji.

Peningkatan kos haji menjadikan kadar bayaran haji untuk jemaah B40 adalah sebanyak RM11,989 seorang, iaitu meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas.

Namun kerajaan akan menanggung kenaikan tersebut dan jemaah haji B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lepas.

Tabung Haji memberi Hafis sebanyak 48 peratus kepada jemaah kumpulan M40, jadi mereka perlu membayar kadar haji sebanyak RM15,980.

Bagi kumpulan jemaah muassasah T20 iaitu mereka yang berpendapatan melebihi RM15,000 sebulan (individu) dikenakan bayaran penuh kos menunaikan Haji.

Bagi rayuan haji di luar giliran terpilih secara muassasah, mereka juga perlu membayar kos penuh kecuali jemaah terpilih bagi rayuan mahram atau pembantu jemaah lanjut usia (bayar kadar ikut kategori ditetapkan

Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi  Musim Haji 1444H/2023M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:

image 37 28

TH masih terus menanggung kos-kos tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

image 37 29
5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram