hotel bajet di cameron highlands budget hotel in cameron bawah rm 100 murah selesa

Ini Senarai Hotel Murah di Cameron Highlands Dengan Bajet RM100 Ke Bawah !

Tag:
Dikemas Kini: 21 Mei 2023
Surga Route

Sebab apa tak perlu cari hotel gempak-gempak kalau pergi cameron highlands?

sebab anda kena keluar hotel untuk pergi banyak gila tempat menarik, cukup hotel sebagai tempat tidur saja. Ni antara hotel murah di Cameron Highlands :

1. Jasmine Hotel, Cameron Highlands (~RM100)

HOTEL BAJET DI CAMERON HIGHLANDS BUDGET HOTEL IN CAMERON BAWAH RM 100 MURAH SELESA

Terletak di jalan utama Bandar Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Jasmine merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang cukup popular untuk para pengunjung. Yang penting, pada kadar bilik yang murah di sekitar RM100, Hotel Jasmine menyediakan Wi-Fi PERCUMA di semua 72 bilik-biliknya. Katil di dalam bilik juga cukup besar. Televisyen di dalam bilik pula merupakan televisyen LCD yang lengkap dengan saluran satelit.

2. Hotel Snooze Too, Cameron Highlands (~RM80)

HOTEL BAJET DI CAMERON HIGHLANDS BUDGET HOTEL IN CAMERON BAWAH RM 100 MURAH SELESA

Hotel Snooze Too merupakan hotel bajet yang serba moden di Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands. Walaupun nampak simple, bilik-biliknya sesuai untuk penginapan sekeluarga kerana dilengkapi katil-katil besar disamping televisyen LED dan sofa ala bean-bag. Atas sebab itu, banyak yang suka membawa anak-anak bersama untuk menginap di sini. Kepada yang memandu, ada banyak tempat parkir di sekitar hotel ini yang terletak di kawasan kedai baru di Brinchang. Terdapat banyak gerai-gerai makan dan restoran di sekitar hotel di Brinchang Square ini. Lif juga disediakan bagi mereka yang duduk di tingkat atas. Ketiadaan almari merupakan satu-satunya kelemahan bilik hotel murah di Cameron Highland ini.

3. Hotel Parkland Cameron Highlands (~RM90)

HOTEL BAJET DI CAMERON HIGHLANDS BUDGET HOTEL IN CAMERON BAWAH RM 100 MURAH SELESA

Hotel Parkland merupakan hotel bajet serba moden di Brinchang, Cameron Highland. Hotel ini menjadi pilihan pengunjung-pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk melancong maupun untuk tujuan bisnes. Kedudukannya juga dekat dengan tarikan pelancong utama. Antara kemudahan utama yang tersedia di hotel bajet di Cameron Highlands ini adalah lif, parkir percuma dan wifi internet di semua bilik dan di lobi hotel. Bagi pengemar golf, padang golf hanya terletak kurang 3km dari hotel murah ini. Sama ada anda berada di Cameron Highlands untuk menikmati cuaca yang dingin, berishtirahat, melancong ataupun urusan perniagaan, hotel Parkland Cameron Highlands dapat memenuhi keperluan penginapan anda dan keluarga anda.

4. KRS Pines Guest House (~RM50)

HOTEL BAJET DI CAMERON HIGHLANDS BUDGET HOTEL IN CAMERON BAWAH RM 100 MURAH SELESA

Terletak di Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands, KRS Pines Guesthouse merupakan sebuah hotel ala homestay in Cameron Highlands yang terletak hanya 4km dari ladang teh Cameron Bharat. Ladang strawberry, ladang teh BOH dan Lembah Kaktus (Cactus Valley) juga mudah dikunjungi dari hotel murah di Cameron Highland ini. Hotel ini merupakan antara hotel yang paling murah di Cameron Highlands. Penginap hotel homestay ini juga boleh bersantai di taman hotel hotel ini selepas mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong di Cameron Highland. Wifi percuma juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di lobi hotel dan juga di tingkat bawah. Hotel homestay murah di Cameron Highlands ini menyediakan tiga jenis bilik bagi memenuhi keperluan pengunjung ke sini. Anda boleh memilih antara bilik tunggal untuk penginapan bersendirian, bilik twin untuk dua orang, ataupun bilik triple untuk empat orang.

5. TJ Lodge – Hotel Murah sekitar RM50 di Cameron Highlands

HOTEL BAJET DI CAMERON HIGHLANDS BUDGET HOTEL IN CAMERON BAWAH RM 100 MURAH SELESA

Terletak di Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands, TJ Lodge merupakan salah satu hotel yang paling murah di Cameron Highlands. TJ Lodge sesuai bagi mereka yang ingin menziarahi pekan Tanah Rata, Cameron Bharat Plantation dan Hospital Tanah Rata. Walaupun sewa biliknya cukup murah, TJ Lodge menyediakan WiFi percuma di semua bilik tetamu dan ruang lobi hotel. Terdapat banyak restoran di sekitar TJ Lodge. Jadi, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands. Di hari minggu pula, anda dapat mengunjungi pasar minggu yang ada di sekitar hotel ini.

6. Sam Jade Guest House (~RM80)

Hotel ala guest house ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands. Persekitarannya yang sunyi tetapi dekat dengan pekan menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang impikan suasana yang tenteram semasa bercuti. Hotel berbintang satu setengah ini menyediakan ruang bilik yang besar untuk keselesaan anda. Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat handai di kawasan bumbung terbuka sambil menghayati gemerlapan bintang di langit. Sam Jade guest house merupakan antara hotel murah yang paling popular di Cameron Highlands. Tempah bilik di hotel ini seawal mungkin terutamanya di musim cuti sekolah.

7. Country Lodge Resort (~RM90)

HOTEL BAJET DI CAMERON HIGHLANDS BUDGET HOTEL IN CAMERON BAWAH RM 100 MURAH SELESA

Kelebihan hotel ini adalah lokasinya yang dekat dengan pasar malam di Brinchang. Kalau anda datang bercuti di Cameron Highland bersama anak-anak, hotel murah di Cameron Highland ini juga amat sesuai kerana family studio dan apartmen 2 biliknya cukup untuk memuatkan 6 orang. Terdapat juga bilik quad di Country Lodge Resort untuk 4 orang penghuni di samping Bilik Deluxe untuk 2 orang. Walaupun hotel ini bergelar resort, ia hanya bertaraf dua bintang. Jadi, jangan kecewa jika anda tidak menikmati kemudahan resort di sini. Pada harganya yang begitu murah, hotel ini hanya menyediakan kemudahan asas seperti wifi percuma untuk pelanggannya.

Pilihan hotel bajet yang lain seandainya senarai diatas penuh :

1. BB Inn - 79A Persiaran Camelia

2. Brinchang Hotel

3. Camelia Budget Hotel

4. Camellia Budget Inn

5. Downtown Hotel

6. Fathers Guest House

7. Gerard’s Place

8. Hotel Green Garden

9. Hotel Remix

10. Iris House Hotel

11. Jasmine Hotel

12. Kowloon Hotel

13. Rainbow Hotel

14. Sunbirds Hotel

15. The Highlanders

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram