panduan mengisi nama ketika membuat tempahan tiket penerbangan

Jangan Ambil Mudah ! Ini Dia Panduan Mengisi Nama Penumpang Dengan Betul Apabila Tempah Tiket Penerbangan AirAsia

Dikemas Kini: 1 Mei 2023
Surga Route

Mengisi nama penumpang ketika membuat tempahan tiket penerbangan mungkin nampak seperti hal remeh, tetapi sedar tak sedar, ramai yang melakukan kesalahan kecil ini dan akhirnya membawa kepada kesan yang besar sehinggakan anda berhadapan risiko tidak dibenarkan menaiki penerbangan !

Jadi, untuk memastikan perjalanan anda lancar nanti, anda harus mengambil berat perihal mengisi nama dan maklumat yang berkaitan ketika membuat tempahan tiket penerbangan.

Semasa mengisi butiran tetamu ketika membuat tempahan penerbangan, sila pastikan nama anda dieja dengan betul dan adalah diwajibkan supaya sama dengan ejaan dalam pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan (ID) dan dokumen perjalanan yang lain.





Contohnya:

Nama pada Pasport /
Kad Pengenalan
          Nama pertama                   Nama keluarga      
 Mohd Ali Ahmad Bin Mohd Abu  Mohd Ali AhmadBin Mohd Abu
Deepika A/P KumarDeepika Kumar
Alice Lim Su YeAlice Su YeLim
Ng Ah Hock Ah HockNg
Juan M. Dela CruzJuanDela Cruz
Chalita SakornchanChalitaSakornchan
Nguyen Ho Minh LamHo Minh LamNguyen



Nama Unik
Sistem AirAsia tidak menerima simbol atau aksara khas dalam nama tetamu kami sebagai contohnya;
 

  1. Nama dengan alias (@)

Bagi mereka yang melakukan perjalanan dalam negeri, jika nama anda dieja dengan nama '@' atau nama kedua dalam Kad Pengenalan anda, keluarkan tanda '@', masukkan ruang antara kedua-dua nama ATAU isikan nama pertama sahaja.
 

Contohnya:

Nama pada Pasport /
Kad Pengenalan
          Nama pertama                   Nama keluarga      
          Aliff@Imran Bin Ahmad           Aliff ImranBin Ahmad
Manimala A/P Muthu@MurthyManimala Muthu Murthy
Lim Swee Teng @ Lim Swee TinLim Swee TengLim Swee Tin

Nota: Jika anda melancong ke peringkat antarabangsa, amda digalakkan untuk mengisi nama anda dengan sama seperti dalam pasport anda.

  1. Nama dengan tanda sengkang

Jika nama anda dieja dengan tanda sengkang '-', sila ganti dengan ruang:


Contohnya:

         Nama pada Pasport /        
Kad Pengenalan
          Nama pertama                   Nama keluarga      
   Laura Applebee-Jones LauraApplebee Jones
Lim Ker-HoongKer HoongLim
  1. Nama Tunggal

Sekiranya nama anda hanya terdiri daripada nama tunggal, contohnya: Suryadi, sila isikan ruangan "Nama Keluarga" dengan nama sama yang diisikan dalam ruangan "Nama Diberi".

 

Contohnya:

          Nama pada Pasport /       
Kad Pengenalan
          Nama pertama                   Nama keluarga      
SuryadiSuryadi Suryadi




Penukaran dan pembetulan nama.
Menukar nama pada tempahan anda kepada nama orang lain tidak dibenarkan sebaik sahaja tempahan anda telah disahkan. Oleh itu, sila pastikan semua maklumat anda adalah betul sebelum membuat tempahan penerbangan anda.

Kadang-kala, kesilapan kecil atau salah ejaan berlaku dalam nama tetamu pada tempahan penerbangan. Lihat sini untuk bantuan


Telefon dan Butiran Perhubungan
Ia adalah sangat penting bahawa anda memasukkan kod panggilan negara anda sebelum nombor telefon perhubungan anda.

Disebabkan pelaksanaan pelbagai prosedur keselamatan berikutan situasi COVID-19 yang berterusan, adalah penting untuk semua tempahan mesti mengandungi maklumat hubungan peribadi penumpang yang sah, dan menyertakan nombor hubungan alternatif.
 
Ini adalah untuk memastikan penumpang menerima maklumat terkini/komunikasi mengenai gangguan penerbangan/perubahan jadual jika ada.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram