jangan seronok sangat muat naik tiket pesawat di media sosial tiktokers singapura ini tunjukkan sebabnya

Jangan Seronok Sangat Muat Naik Tiket Pesawat di Media Sosial ! Tiktokers Singapura Ini Tunjukkan Risiko Yang Anda Akan Hadapi

Dikemas Kini: 25 April 2023
Surga Route

Media sosial, adalah tempat kita berkongsi pelbagai kenangan dan memori indah. Tetapi, anda kena ingat tidak semua boleh dikongsikan untuk tatapan umum. Contohnya, tiket penerbangan anda ! Jika anda selalu lakukan ini, tanpa disedari anda telah dedahkan pelbagai maklumat penting, sekaligus bakal mendatangkan kesan pada penerbangan anda. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pempengaruh media sosial dari Singapura melalui Tiktoknya, Coach Jason Ho.

Maklumat yang terdedah di tiket

Melalui video itu, Coach Jason Ho telah berikan contoh bagaimana dia dapat mengesan maklumat penting seorang penumpang, hanya berdasarkan tiket penerbangan Singapore Airlines dan pasport yang dikongsikan di Facebook. Dia menjelaskan bahawa tiket penerbangan itu menunjukkan nama penuh penumpang tersebut dan bahagian paling penting ialah nombor e-tiket.

Apa yang boleh dilakukan dengan maklumat itu?

Melalui maklumat tersebut, ada banyak perkara boleh dilakukan. Mereka hanya perlu pergi ke laman web syarikat penerbangan, kemudian pilih Manage Booking. Setelah masukkan nombor e-tiket dan nama akhir keluarga yang dilihat pada tiket, mereka kemudian boleh memuat turun tiket penerbangan dan resit anda.

Jangan Seronok Sangat Muat Naik Tiket Pesawat di Media Sosial ! Tiktokers Singapura Ini Tunjukkan Sebabnya

Perkara ini adalah merbahaya kerana pelbagai maklumat boleh diperolehi disitu. Antaranya,

  1. Nama penuh
  2. Nombor rujukan
  3. Tempat duduk di dalam kapal terbang
  4. Kapal terbang yang dinaiki
  5. 4 digit terakhir kad kredit
Jangan Seronok Sangat Muat Naik Tiket Pesawat di Media Sosial ! Tiktokers Singapura Ini Tunjukkan Sebabnya

Kemudian, pada halaman butiran penerbangan pula, mereka boleh tukar penerbangan anda, bahkan boleh juga batalkannya! Selain itu, sekiranya anda ada tempah makanan, sesiapa sahaja boleh tukar menu makanan anda. Mereka juga boleh tukar tempat duduk anda serta naik taraf tempat duduk anda itu. Di situ juga akan terdedah maklumat privasi lain, seperti nombor pasport, tarikh luput pasport, alamat email dan nombor telefon.

Maklum balas Singapore Airlines

Dalam satu temubual media, wakil Singapore Airlines (SIA) mengatakan bahawa apabila pelanggan menyiarkan data peribadi mereka di laman media sosial, mereka perlu sama ada sembunyikan maklumat tersebut (nama penuh dan nombor e-tiket) atau mereka dinasihatkan untuk padam perkongsian itu. Pelanggan yang mengesyaki bahawa tempahan mereka telah diubahsuai, atau memerlukan bantuan lain, mereka harus menghubungi Singapore Airlines secepat mungkin.

Sesetengah orang teruja untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka terbang menggunakan kelas pertama atau perniagaan, maka ada yang suka menunjukkan pas masuk mereka di media sosial. Menurut Dr Michael Chiam, pensyarah kanan pelancongan di Ngee Ann Polytechnic, pelanggan tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi mereka, termasuk kod bar tiket, dalam ruang media sosial.

Kesimpulannya, jangan dedah tiket penerbangan anda kepada umum. Bayangkan, anda sudah rancang percutian selama berbulan-bulan, akhirnya percutian anda itu musnah sebab ada individu yang tidak dikenali batalkan tiket penerbangan anda. Sedih kan?

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram