jom balik kampung naik tren ktmb sediakan tren khas ekspres lambaian aidilfitri dari kuala lumpur ke kelantan

Jom Balik Kampung Naik Tren ! KTMB Sediakan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri dari Kuala Lumpur ke Kelantan !

Tag:
Dikemas Kini: 1 April 2023
Surga Route

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur dari stesen Kuala Lumpur Sentral ke stesen Tumpat dan sebaliknya.

Sebanyak 1,864 tiket ditawarkan untuk empat perjalanan tren ekspres bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan jualan tiket mula dibuka pada 1 April 2023.

Jom Balik Kampung Naik Tren ! KTMB Sediakan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri dari Kuala Lumpur ke Kelantan !

Perkhidmatan tren khas ini sebagai salah satu pengangkutan alternatif sempena Aidilfitri untuk pulang ke Pantai Timur selain menggunakan jalan darat yang sering kali sesak dengan kadar trafik tinggi.

Inisiatif ini juga khusus buat mereka yang ingin pulang ke kampung dengan selesa, selamat dengan tambang yang berpatutan.

Perjalanan pertama tren khas itu adalah pada jam 11 malam 19 April dari Kuala Lumpur Sentral ke Tumpat dan perjalanan sebaliknya pada jam 10.50 malam 24 April.

Jom Balik Kampung Naik Tren ! KTMB Sediakan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri dari Kuala Lumpur ke Kelantan !

Perjalanan kedua pula pada jam 11 malam 20 April dari Kuala Lumpur Sentral ke Tumpat dan perjalanan sebaliknya pada 25 April jam 10.50 malam.

Tren Khas Lambaian Aidilfitri akan berhenti di 16 buah stesen termasuk Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu dan Tumpat.

Tren khas berkenaan dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet, dan koc chillax.

Pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Jualan tiket akan dibuka pada 1 April 2023 bermula jam 10.00 pagi.

Dapatkan tiket anda di https://bit.ly/3kWOQv5 atau melalui aplikasi KTMB Mobile.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram