mrt percuma Jom Jalan-Jalan ! PMX Umum Tambang Percuma Bagi MRT Laluan Putrajaya Sehingga 31 Mac

Jom Jalan-Jalan ! PMX Umum Tambang Percuma Bagi MRT Laluan Putrajaya Sehingga 31 Mac

Dikemas Kini: 18 Mac 2023
Surga Route

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) untuk Laluan Putrajaya dan juga bas perantara sempena perasmian pembukaannya.

Tambang percuma itu melibatkan semua 36 stesen dalam laluan itu bermula dari Fasa 1, Stesen Kwasa Damansara hingga ke Fasa 2 yang berakhir di Putrajaya Sentral. Tawaran itu berkuatkuasa selama 15 hari bermula jam 3 petang pada 16 Mac hingga 31 Mac 2023, 11.59 malam.

Jom Jalan-Jalan ! PMX Umum Tambang Percuma Bagi MRT Laluan Putrajaya Sehingga 31 Mac

Laluan perkhidmatan awam itu yang bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral adalah projek kedua MRT Lembah Klang yang akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya.

Keseluruhan Laluan Putrajaya merangkumi 57.7 km yang terdiri daripada 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Laluan itu mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.

Panduan Menaiki MRT Percuma

Jom Jalan-Jalan ! PMX Umum Tambang Percuma Bagi MRT Laluan Putrajaya Sehingga 31 Mac

Pengguna Token

Pelanggan boleh menikmati PFR15 dengan mendapatkan token perjalanan dari mana – mana kaunter LRT, MRT, Monorel dan BRT.

Token tersebut boleh digunakan di mana-mana stesen masuk atau/dan keluar yang melibatkan MRT Laluan Putrajaya untuk perjalanan sehala sahaja.

Pengguna Touch N' Go dan Kad Konsesi MyRapid

Untuk pengguna kad Touch ‘n Go dan kad konsesi pula, anda boleh sentuh kad anda di pintu masuk atau/dan keluar MRT Laluan Putrajaya dan tiada sebarang caj akan dikenakan sepanjang PFR15.

Pelanggan juga boleh menikmati kadar rata di kemudahan LRT dan MRT Park ‘N Ride semasa tempoh PFR15.

Pastikan pas/ kad (My50/ Konsesi/ Touch ‘N Go) disentuh di pintu masuk Park ‘N Ride. Pastikan pas/ kad yang sama juga digunakan untuk perkhidmatan Rapid KL. Sila pastikan baki kad Touch ‘n Go anda mencukupi.

Pengguna My50

Para pelanggan pas perjalanan Tanpa Had My50 boleh menggunakan pas seperti biasa di sepanjang kempen ini.

Anda boleh membuat pembaharuan baru (30+15 hari) di mana – mana kaunter MRT Laluan Putrajaya selepas pas My50 anda tamat tempoh di antara 1 April hingga 30 April 2023.

Anda akan mendapat 30+15 hari perjalanan tanpa had dengan membayar RM50.00 sahaja.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram