kl park festival 2023 attractions

Jom Tengok Apa Yang Menarik di KL Park Festival 2023 Ini !

Dikemas Kini: 11 Mac 2023
Surga Route

Festival Taman Kuala Lumpur merupakan cetusan idea Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan “KL Orchid and Bonsai Show” (KLOBS) sebelum ini.

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !

Penjenamaan semula KLOBS kepada Festival Taman Kuala Lumpur bertujuan mempromosikan budaya berkebun dan menggalakkan penglibatan aktif warga kota dalam meningkatkan budaya hidup sihat. Melalui festival ini, orang ramai akan lebih terdedah kepada idea baru menghiasi ruang kediaman mereka dan mempromosikan pelbagai aktiviti taman serta memupuk budaya penghayatan alam semulajadi kepada warga kota.

Acara ini sedang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam dari 4 Mac sehingga 12 Mac 2023 dengan tema Tema “Laman Seni dan Flora Malaysia”.

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !
KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !

9 Komponen Pertunjukan Menanti Anda

Festival Taman Kuala Lumpur 2023 akan mempertontonkan pertunjukan yang berasaskan aktiviti dan pertandingan laman serta seni arca; di mana bakat warga kota Kuala Lumpur akan dipertengahkan.

Pertandingan Balkoni KL

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !

Pertandingan ini akan mempertontonkan hasil rekabentuk unik daripada penyertaan warga kota Kuala Lumpur, di mana setiap rekabentuk akan dibina dan dihias di ruang balkoni yang disediakan.

Laman Seni dan Flora Malaysia

Laman ini merupakan pertunjukan rekabentuk “Outdoor Living Space” oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri, berasaskan tumbuhan atau bunga rasmi bandar-bandar di Malaysia.

Pertandingan Arca Alam

ilam KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !
Kredit : Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)

Pertandingan seni kreatif arca ini terbuka kepada semua, dalam menghasilkan seni arca yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Seni arca ini akan dipertandingkan dalam bentuk:

  • Atas Permukaan Tanah
  • Tergantung
  • Terapung Dalam Tasik

Keajaiban Titiwangsa

ilam KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !
Kredit : Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)

Selamilah suasana mistikal dan rekaan  laman fantasi bermandikan cahaya di “Kubah Keajaiban Titiwangsa”. Di sinilah hasil rekaan pereka-pereka tempatan dan antarabangsa akan mempersembahkan laman rekaan masing-masing berserta pameran pokok-pokok “Trending”.

Pameran ini mendapat tempat dalam senarai Malaysia Book of Records bagi kategori pameran pokok dengan jumlah spesis terbanyak iaitu 5,120 spesis.

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !

Laman Kediaman

Laman ini merupakan taman pertunjukan pihak penganjur dan penaja, bertujuan memberi inspirasi rekabentuk laman kediaman kepada para pengunjung.

E-Market Place

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !

Sebagai pelengkap kepada lawatan Festival Taman Kuala Lumpur. Gerai-gerai jualan bunga-bungaan, pokok-pokok dan peralatan kebun dan taman menawarkan harga istimewa kepada setiap pengunjung. Gerai-gerai tersebut terletak berdekatan dengan pintu keluar demi keselesaan para pengunjung.

Hab Pelajar

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !
  • Pertandingan Arca "Berskala Besar"
  • Pertandingan Fesyen Flora
  • Pertandingan "Park Shelter"
  • Permainan Tradisional
  • Sukan

Sudut Santai & Lepak

  • 'Food Truck'
  • 'Pocket Talk'
  • Pertunjukan Basker
  • Tempat santai dan rehat
  • Juadah

Aktiviti Kembara & Lasak

KL Park Festival 2023 : Everything You Need To Know Festival Taman Kuala Lumpur Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya !
  • Kayak
  • Aktiviti Tasik
  • Camping
  • "Flying Fox" / Zipline
  • Berbasikal
  • Pameran Produk Aktiviti Kembara
  • Kebun Komuniti

Tarikan Raih Anugerah

Ribbon Pallet

Menampilkan hanging art installation sepanjang 60-meter yang dihiasi dengan 35 jenis tona warna riben. Menariknya ianya diikat dengan menggunakan 25,725 meter riben satin.

330214928 1951881321819341 5476577397260794708 n

Ribbon Art installation ini dijadikan sebagai salah satu komponen environmental art secara tergantung yang dijangka menjadi tarikan atau instagrammable spot di dalam penganjuran KL PARK FESTIVAL 2023.

ilam 44

Pemilihan warna mengikut tona membangkitkan suasana kemeriahan festival. Disamping itu, pemasangan art installation di lokasi ini berlatarbelakangkan pemandangan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur.

Pameran seni ini berjaya mendapat tempat dalam senarai Malaysia Book of Records dengan memegang rekod sebagai pameran seni yang mempunyai ikatan riben terbanyak iaitu sebanyak 17,150 ikatan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram