hutan nursery cafe

Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban !

Dikemas Kini: 18 Januari 2023
Surga Route

Kira-kira 10 Kilometer dari Bandaraya Seremban yang hiruk-pikuk, terletaknya sebuah konsep berkonsepkan 'rustic', desa. Dikelilingi dengan pelbagai tanaman hiasan, sesuai dengan namanya Hutan Nursery Cafe.

Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale

Walaupun dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan, tetapi kafe ini tidaklah terlalu semak dan membuatkan anda rimas kerana tumbuhan yang pelbagai tersebut dipadankan hiasan dalaman yang minimal membuatkan keseluruhan dekorasi tampak seimbang.

Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale

Landskap yang dihasilkan sememangnya kemas dan cantik pastinya membuatkan anda berasa teruja untuk menikmati makanan di sini. Dah alang-alang dekorasi kafenya cantik, jangan lepaskan peluang untuk ‘ootd’ sekeping dua gambar sebagai kenangan.

Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale

Hidangan disini berkonsepkan Barat, Tempatan, Asia dan juga Fusion. Antara menu yang patut anda cuba ialah salted butter chicken, spagetti carbonara,hawaiian fried rice dan chicken cili api kerana mendapat sambutan yang tinggi

Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale
Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale

Selepas menikmati makanan berat, tutup selera anda dengan pencuci mulut yang pelbagai disini. kafe ini juga turut menyediakan pelbagai aneka manisan bubur seperti pengat pisang, bubur jagung dan bubur kacang hijau.

Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale
Kafe Unik Berkonsep 'Rustic' di Seremban ! Hutan Nursery Cafe Labu Ainsdale

Bab harga pula, kesemuanya bagi kami amat berpatutan. Kiranya semua golongan pun memang boleh datang.

Jika anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), boleh keluar melalui Susur Keluar Bandar Ainsdale. Ia terletak kira-kira 5 minit dari Plaza Tol Bandar Ainsdale.

Memang terbaik servis layanan dan kemudahan disini. Siap ada surau yang selesa buat pelanggan. Kalau tertinggal telekung pun tak apa kerana surau mereka menyediakan telekung buat kaum wanita.

Lokasi

Hutan Nursery Cafe, 957, Jalan Labu, batu 5, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi

Kafe ini dibuka setiap hari kecuali selasa bermula jam 4 Petang sehingga 11 Malam.

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram