kafe unik dengan perpustakaan mini di tengah sawah padi di perlis !

Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !

Dikemas Kini: 28 Jun 2023
Surga Route

Ini adalah sebuah kafe unik yang dikelilingi sawah padi menghijau dengan berlatar belakang Bukit Chuping, kafe berkonsepkan kesenian, alam dan budaya, sekaligus memberikan satu pengalaman istimewa buat pengunjung.

Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !

Masuk sahaja ke kafe yang terletak di Kampung Balik Bukit ini, pasti pengunjung akan merasai suasana yang nyaman dan tenang.

azian azamimi abdullah Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !
Kredit : Azian Azamimi Abdullah

Balbuk Haus menyediakan beberapa menu istimewa seperti nasi lalap, mee lalap serta roti panggang. Nasi lalap yang menjadi menu utama atau tumpuan di Balbuk Haus itu adalah resepi asli dari Tawau, Sabah. Ia adalah kombinasi nasi putih, ayam yang direbus menggunakan rempah terpilih, ulam-ulaman dan sambal Tomat yang mereka hasilkan sendiri.

najwa atheerah wahab Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !
Kredit : Najwa Atheerah Wahab

Selain nasi lalap yang popular di Sulawesi, Indonesia itu, mereka juga menyediakan menu lain seperti mee lalap dan set roti panggang dengan masing-masing berharga serendah RM7.50.

mohd hafiz abd mutalib utusan Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !
Kredit : Mohd Hafiz Abdul Mutalib | Utusan Malaysia

Sambil merasai hidangan, pengunjung boleh menikmati keindahan alam sekitar dalam suasana kampung di ruang makan yang disediakan seperti bilik kaca, pondok terbuka, dan perpustakaan mini yang menyimpan pelbagai koleksi sastera Melayu, Indonesia, Inggeris, bahan bacaan berbentuk keagamaan, pengetahuan am, geografi dan pelbagai lagi bahan bacaan lain.

juan parelmundo Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !
Kredit : Juan Perelmundo

Menariknya, sambil membaca pengunjung boleh menikmati keindahan di kawasan sekeliling yang cukup memukau yang berlatar belakangkan Bukit Chuping. Pelanggan juga boleh makan atau berkelah di sawah padi.

balqish wahab Kafe Unik Dengan Perpustakaan Mini Di Tengah Sawah Padi di Perlis !
Kredit : Balqish Wahab

Balbuk Haus juga adalah salah satu lokasi yang diletakkan dalam pemetaan jelajah Seni Malaysia oleh Balai Seni Negara. Pelbagai aktiviti kesenian seperti persembahan puisi, muzik, diskusi dan forum juga sering diadakan di sini.

Lokasi

????Balbuk Haus, Lorong Long Chin, Kampung Balik Bukit Chuping, 02500 Kangar, Perlis

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram