kerajaan kaji mekanisme atasi harga tiket penerbangan mahal ke sabah & sarawak

Kerajaan Teliti Mekanisme Atasi Harga Tiket Penerbangan Mahal Antara Semenanjung ke Sabah & Sarawak

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme bagi mengatasi masalah harga tiket penerbangan mahal menjelang musim perayaan, terutama bagi laluan ke Sabah dan Sarawak.

Pihak kementerian juga cari jalan dan inisiatif menyelesaikan masalah ini, bukan saja untuk sambutan Hari Raya, malah perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai.

Malah, hampir dua bulan lalu pelbagai perancangan dan perbincangan dibuat, contohnya seperti penambahan kuota tiket sejak Mac lepas bagi mengatasi masalah kekurangan kapasiti yang menyebabkan harga tiket meningkat. ]

Kementerian Pengangkutan juga sedang merangka inisiatif bagi membantu pelajar yang ingin pulang, bukan saja semasa musim perayaan, tetapi juga cuti semester.

Kumpulan sasaran bagi inisiatif itu ialah pelajar di institut pengajian tinggi awam dan mereka akan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram