feri langkawi

Kerja Pengerukan Alur Pelayaran Kuala Kedah Selesai. Kekerapan Feri Langkawi Ditambah Mulai 2023 !

Tag:
Dikemas Kini: 17 Januari 2023
Surga Route

Kerja-kerja pengerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang Kuala Kedah ke Pulau Langkawi, di sini siap sepenuhnya hujung tahun 2022.

Susulan itu, pihak Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd telah menambah kekerapan perjalanan feri bagi laluan Pulau Langkawi - Kuala Kedah. Pihak konsortium juga akan menambah perjalanan feri mengikut keperluan terutamanya pada hari kelepasan am dan cuti sekolah.

Kerja Pengerukan Alur Pelayaran Kuala Kedah Selesai. Kekerapan Feri Langkawi Ditambah !

Jadual pelayaran laluan Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 7 petang setiap hari bermula 9 Januari 2023.

Jadual pelayaran laluan tersebut melibatkan lima perjalanan bagi setiap arah. Bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah masa pelayaran adalah pukul 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang.

Sementara itu, bagi laluan dari Kuala Kedah ke sini pula adalah pada pukul 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 petang. 

Bagaimanapun, jadual pelayaran itu akan berubah sekiranya paras air laut mencecah satu meter dan ke bawah.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram