tips menaiki penerbangan bersama anak kecil tips to have a safe flight with kids

Khas Buat Ibubapa: 8 Tips Menaiki Penerbangan Bersama Anak Kecil

Dikemas Kini: 26 Februari 2023
Surga Route

Apabila tiba musim cuti akhir tahun, kebanyakan ibubapa sibuk untuk merancang percutian bersama keluarga. Namun, memilih penerbangan merupakan antara perkara yang perlu dipertimbangkan, terutama buat mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Apatah lagi jika penerbangan tersebut mengambil masa yang lama dan jarak jauh.

Kajian yang dilakukan oleh Emirates yang diselaraskan oleh YouGov mendapati kanak-kanak dibawah umur 16 tahun di Singapura hanya mampu bertahan di dalam purata masa 90 minit sahaja sebelum mereka sudah mula berasa bosan.

Namun, ibubapa jangan bimbang, kami sediakan beberapa tips yang cukup berguna buat rujukan anda:

1. Tempah penerbangan pada waktu malam

Ini salah satu tips yang cukup berguna terutama buat ibubapa yang sering kesuntukan masa tetapi tetap juga ingin merebut peluang ini untuk mengeratkan hubungan bersama anak-anak. Cara ini dapat menjimatkan lebih banyak waktu malahan membolehkan anda mendapat penginapan semalaman di hotel.

Penerbangan seumpama ini juga baik untuk anak-anak anda. Ini kerana, semasa penerbangan, ada masanya lampu di dalam kapal terbang akan dimalapkan bagi tujuan keselamatan. Keadaan ini cukup selesa bagi anda dan anak-anak untuk beristirehat dan mendapat tidur yang sepatutnya.

2. Sediakan pakaian yang selesa

Untuk mendapat tidur yang nyenyak, pemilihan pakaian juga amat penting terutamanya di dalam tempat duduk yang ruangnya agak terhad. Anak-anak mungkin tiada masalah untuk mengenakan baju tidur untuk ke lapangan terbang, tetapi bukan anda. Oleh itu, tips kedua ialah untuk membawa set pakaian tidur yang mempunyai fabrik lembut dan sesuai sebagai bekalan di dalam tempoh penerbangan.

Bukan murah untuk menempah penerbangan kelas pertama yang sememangnya menjanjikan keselesaan maksima buat keluarga, tapi sekurang-kurangnya anda sendiri boleh mengolah situasi anda untuk keselesaan bersama anak-anak. 2 in 1! Selesa dan menjimatkan! Itu yang lebih penting!

3. Luangkan lebih banyak masa di lapangan terbang!

Kita sememangnya diminta untuk daftar-masuk sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan. Namun, majoriti daripada kita ambil mudah tentang prosedur ini. Untuk apa berlama-lama di lapangan terbang, bukan? Namun, jangan tidak tahu ye, tips ini sangat berguna terutama buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Anda sangat digalakkan untuk tiba dan “check-in” di kaunter pendaftaran lebih awal. Ini kerana, selepas urusan di kaunter selesai, disinilah terletaknya fasiliti menarik bagi anak-anak anda. Kebanyakan lapangan terbang akan menyediakan ruang permainan yang dilengkapi dengan televisyen memaparkan rancangan kanak-kanak yang menarik dan kemudahan lain seperti ruang selesa bagi bayi yang masih kecil untuk menukar lampin dan menyusu.

Inilah masanya untuk membiarkan anak-anak anda bermain sehingga mereka kepenatan kerana ruangnya menyeronokkan dan selamat. Apabila sudah puas bermain, masa penerbangan akan tentunya akan dihabiskan dengan tidur dan istirehat.

4. Hiburkan anak-anak anda

Hiburan seperti lagu, filem dan kartun sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kanak-kanak.

Oleh itu, semasa penerbangan, pastikan anak-anak anda dihiburkan secukupnya bukan sahaja dengan pelbagai jenis rancangan kartun, lagu atau filem sesuai untuk tontonan , tetapi juga dengan aplikasi pembelajaran yang sememangnya mudah didapati. Jangan bimbang, kebanyakan syarikat penerbangan pastinya akan menyediakan hiburan seperti ini bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi untuk tontonan anda sebagai ibubapa juga.

Namun, kalau ini tidak memadai, anda boleh bawa sendiri gadet yang dilengkapi dengan pelbagai rancangan kegemaran mereka.Jangan lupa untuk sediakan juga ‘headphone’ yang selesa.

5. Pastikan anak-anak anda makan secukupnya!

Bukan sahaja kita sebagai ibu bapa pentingkan aspek pemakanan ketika penerbangan, salah satu cara untuk menggembirakan kanak-kanak sudah tentunya dengan mengisi perut mereka.

Kalau mereka sibuk mengunyah apatah lagi ketika sedang leka menonton rancangan kegemaran mereka, tentunya mereka tidak akan menggangu ketenteram anda dan juga penumpang yang lain.

Anda boleh menempah hidangan bersesuaian untuk kanak-kanak semasa membeli tiket penerbangan. Syarikat penerbangan sememangnya mengambil berat aspek ini.

6. Bawa permainan kegemaran anak anda

Kebanyakan penerbangan turut menyediakan pelbagai jenis permainan dan aktiviti bagi kanak-kanak berumur 12 kebawah.

Sekiranya kemudahan seperti ini tidak ditawarkan oleh syarikat penerbangan, bawa permainan kegemaran dan gajet yang pelbagai buat hiburan anak-anak anda semasa penerbangan. Kanak-kanak kebiasaannya cepat bosan bukan? Jadi elok kalau kita mengambil inisiatif yang lebih supaya keselesaan mereka dan penumpang lain juga terjamin.

7. Ambil masa untuk berjalan di dalam kapal terbang

Bunyinya seperti pelik tetapi ini merupakan salah satu tips yang cukup berguna untuk anda mengisi masa anak-anak sewaktu penerbangan. Kanak-kanak sememangnya sukar untuk duduk dan fokus di kedudukan yang sama dalam jangka masa yang panjang. Usahkan mereka, orang dewasa juga tentu merasa bosan dan letih bukan? Oleh itu, apa kata bawa bersama anak anda ke tandas pada waktu berkala.

Ini dapat dijadikan alasan untuk anda bergerak sebentar dan dalam masa yang sama memastikan anak anda tidak sering bising untuk ke tandas. Namun, carilah masa yang sesuai, contohnya setelah hidangan siap disediakan bagi semua penumpang untuk tidak menganggu pramugari yang bertugas. Sekiranya tandas penuh, ambil masa untuk berjalan di sekeliling kapal terbang sebentar untuk bukan sahaja bagi regangan badan tetapi juga untuk memastikan anak anda berasa selesa dan gembira.

8. Pilih syarikat penerbangan yang “mesra kanak-kanak”

Tips terakhir ialah untuk menjadikan syarikat penerbangan yang “mesra kanak-kanak” atau dalam erti kata lain menawarkan servis khas buat kemudahan anda dan anak-anak anda sebagai pilihan utama ketika menempah tiket penerbangan jarak jauh. Setiap syarikat mempunyai polisi yang berbeza buat kanak-kanak dari segi diskaun harga, servis dan sebagainya.

Diharapkan dengan tips yang dikongsi dapat memudahkan urusan ibubapa untuk melancong bersama anak-anak terutama yang masih kecil. Apa yang lebih penting ialah dengan mengikuti tips yang disediakan, penerbangan jarak jauh anda bersama anak-anak bertambah selesa dan bukan penghalang kepada keseronokan sebenar apabila sampai ke destinasi yang hendak dituju. Selamat melancong!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Thank you for the info

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram