kopi ‘kaw’ ditemani pemandangan memukau ! kopi tepi sawah titik nol ngopi harus anda kunjungi saat di jawa timur jatim unique coffee spot in indonesia

Kopi ‘Kaw’ Ditemani Pemandangan Memukau ! 'Port Mengopi Bergerak' Tepi Sawah Ini Patut Masuk Dalam Itinerari Anda !

Tag:
Dikemas Kini: 16 Februari 2023
Surga Route

Peminat kopi biasanya sanggup menjelajah ke segenap penjuru alam demi mencari minuman kegemaran mereka.

Tidak cukup dengan kedai kopi di Malaysia, mereka yang berkemampuan turut meneruskan pencarian itu setiap kali melancong ke luar negara.

Jika anda berkesempatan berkunjung ke Indonesia, jangan lupa untuk lawati satu destinasi unik yang digelar sebagai Titik Nol Ngopi.

Kopi ‘Kaw’ Ditemani Pemandangan Memukau ! 'Port Mengopi Bergerak' Tepi Sawah Ini Patut Masuk Dalam Itinerari Anda ! Titik Nol Ngopi Harus Anda Kunjungi Saat di Jawa Timur JATIM Unique coffee spot in Indonesia

Selain keenakan seleksi kopi yang ditawarkan, konsep kedai ini juga berbeza dengan peniaga lain yang terdapat di seluruh dunia.

Tarikan uniknya adalah kedai kopi ini "diangkut" dengan motosikal dan peniaga akan berdiri di tepi sawah untuk menyambut pelanggannya.

Kopi ‘Kaw’ Ditemani Pemandangan Memukau ! 'Port Mengopi Bergerak' Tepi Sawah Ini Patut Masuk Dalam Itinerari Anda ! Titik Nol Ngopi Harus Anda Kunjungi Saat di Jawa Timur JATIM Unique coffee spot in Indonesia

“Konsep perniagaannya seperti kedai kopi biasa di kampung, tetapi kami bawa dengan motosikal dan hanya pada waktu tertentu sahaja,” kata pemilik Titik Nol Ngopi, Elarissa Hilman Mujtaba kepada Kompas.

Kedai kopi yang mula beroperasi sejak 1 Oktober 2021 ini terletak di Sawah Rojo, Jegong, Desa Jambangan, Kecamatan Dampit, Kabupaten Malang, Jawa Timur.

Untuk akses ke lokasi itu, Elarissa memberi nasihat agar anda mengikut navigasi yang tersedia menerusi Google Map kerana ia lebih mudah untuk ditemui.

Walaupun kedai itu boleh bertukar-tukar lokasi kerana konsepnya yang sama seperti trak makanan, Titik Nol Ngopi masih mengekalkan lokasi yang sama buat masa ini.

Tarikan Titik Nol Ngopi bukan sahaja terletak pada minuman yang ditawarkan, malah pelanggan juga boleh bersantai-santai sambil menikmati panorama sawah padi yang terbentang luas.

Untuk melihat foto serta video di sekitar Titik Nol Ngopi, jangan lupa lawati laman Instagram rasmi mereka.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram