kos tunai umrah meningkat rm10,000

Kos Tunai Umrah Dijangka Cecah Sehingga RM10,000 Setiap Jemaah

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Kebanyakan agensi pelancongan di negara ini sedang meneliti semula pakej umrah yang ditawarkan ketika ini dengan jangkaan terpaksa menaikkan harga sehingga sekitar RM10,000 bagi setiap jemaah.

Ia berikutan kenaikan mendadak pelbagai kos di Makkah dan Madinah, terutama bayaran penginapan dan makanan, selain kos penerbangan ke Jeddah di Arab Saudi.

Difahamkan, sejak Oktober tahun lalu, agensi pelancongan berdepan masalah berkenaan, namun ada yang mengambil jalan tengah dengan menyerap kos tambahan agar tidak membebankan jemaah.

Apa yang merunsingkan adalah kos penginapan dan penerbangan yang terus melonjak sehingga ada agensi terpaksa membawa jemaah ke Tanah Suci dengan menanggung sendiri kos tambahan kerana kenaikan berlaku secara mengejut dan berterusan.

Kos Tunai Umrah Dijangka Cecah Sehingga RM10,000 Setiap Jemaah

Harga tiket penerbangan ke Saudi naik mendadak

Mengenai harga tiket penerbangan, ia naik mendadak dengan penerbangan terus ke Jeddah kini mencecah RM4,000 berbanding sekitar RM2,800 hingga RM3,200 sebelumnya, manakala harga penginapan untuk satu malam bagi bilik memuatkan empat orang boleh mencecah 1,000 riyal (RM1,441).

Malah ada kes apabila sampai di Tanah Suci, hotel di sana membatalkan tempahan yang sudah dibuat lebih awal. Selain itu, ada hotel di Arab Saudi tidak ikut kontrak apabila menaikkan sewa penginapan secara tiba-tiba dengan alasan mereka menerima permintaan amat tinggi.

Kos Tunai Umrah Dijangka Cecah Sehingga RM10,000 Setiap Jemaah

Syarikat pelancongan umrah terpaksa tukar strategi

Buat masa ini, beberapa strategi telah dilakukan oleh agensi umrah bagi menyerap kenaikan kos misalnya terbangkan jemaah guna penerbangan transit yang lebih murah, dengan cara itu dapatlah kekalkan harga lama. Mereka juga terpaksa tukar hotel kumpulan jemaah.

Malah, ada syarikat berhasrat berunding dengan jemaah untuk menempatkan mereka di lokasi penginapan sedikit jauh ketika di Makkah, selain mengurangkan tempoh masa berada di Tanah Suci, misalnya daripada 12 hari kepada sembilan hari.

Agensi umrah tersepit

Namun, agensi umrah terus tersepit memandangkan jemaah mahu harga lama dikekalkan, namun pada masa sama tetap inginkan kemudahan terbaik seperti lokasi penginapan lebih dekat dengan Masjidil Haram, selesa dan harga berpatutan.

Kos Tunai Umrah Dijangka Cecah Sehingga RM10,000 Setiap Jemaah

Faktor Kenaikan Kos

Berdasarkan pemerhatian pemilik agensi umrah, situasi kenaikan itu disebabkan pelbagai faktor, antaranya kerja pengubahsuaian hotel sekitar Makkah yang mengakibatkan lokasi penginapan biasanya menempatkan jemaah umrah Malaysia berkurang.

Selain itu, kebanjiran luar biasa jemaah Indonesia yang biasanya sanggup bayar kos penginapan berlipat kali ganda berbanding harga semasa, turut menyumbang peningkatan harga penginapan secara mendadak sekitar 15 hingga 30 peratus sejak disember lalu dan dijangka berterusan hingga April.

Naikkan harga pakej kerana pelbagai faktor termasuk pengangkutan, makanan

Syarikat umrah terpaksa menaikkan harga pakej selepas mengambil kira faktor lain, termasuk kos pengangkutan, makanan, bayaran mutawwif dan kos operasi berkaitan lain.

Jangkaan kenaikan harga pakej umrah sehingga RM10,000 itu melangkaui paras RM7,890 dipersetujui Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Hajid Malaysia (PAPUH).

Tiga persatuan itu pada awal bulan ini bersetuju pakej umrah ditetapkan pada kadar RM7,890 dengan kemudahan penginapan pada jarak kira-kira 300 meter, namun hanya sebagai rujukan untuk bakal jemaah membuat pilihan, bersesuaian dengan kemampuan mereka.

MATTA, BUMITRA dan PAPUH membuat ketetapan itu sebelum ini disebabkan penularan pelbagai iklan tawaran harga pakej umrah di media sosial berikutan kenaikan harga penginapan dan tiket penerbangan, sewa hotel, pengangkutan, tambang kapal terbang dan faktor-faktor di luar kawalan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram