lapangan terbang subang dinaik taraf menjadi secondary city airport

Lapangan Terbang Subang Bakal Dinaik Taraf Jadi Hab Penerbangan Serantau !

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Kerajaan baru-baru ini meluluskan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) yang bakal melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan perniagaan pilihan di rantau ini.

Lapangan Terbang Subang Bakal Dinaik Taraf Jadi Hab Penerbangan Serantau !

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kelulusan itu diputuskan Kabinet dengan teliti selepas beliau membentangkan pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) berasaskan hala tuju dasar Kerajaan Malaysia yang dibangunkan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Dengan pelan itu, status LTSAAS dijangka berubah menjadi hab penerbangan serantau dan meningkatkan kapasiti semasa lapangan terbang itu kepada lapan juta penumpang setahun, sekali gus menjadi pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pertumbuhan dan perubahan wajah LTSAAS akan menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.

Pembangunan LTSAAS ini akan memberi fokus pada pembangunan ekosistem aeroangkasa (Aerospace Ecosystem) , penerbangan am (General Aviation / GA) dan penerbangan perniagaan Business Aviation / BA) dan lapangan terbang bandar atau sekunder (city airport/secondary airport).

Lapangan Terbang Subang Bakal Dinaik Taraf Jadi Hab Penerbangan Serantau !
Kredit : Theedgemarkets

Sehubungan dengan itu, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS melibatkan tujuh (7) komponen

  • pusat industri aeroangkasa,
  • pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul – MRO),
  • pusat penyelidikan dan pembangunan,
  • operasi penerbangan am (GA)
  • operasi penerbangan bisnes (BA)
  • Mobiliti Udara Bandar / urban air mobility (UAM)
  • operasi penerbangan komersial serantau.

Cadangan ini turut membabitkan pengenalan semula penerbangan berjadual serantau menggunakan pesawat jet atau pesawat satu lorong (narrowbody) sehingga A320/B737 atau yang seumpamanya dan kargo menggunakan pesawat jet di LTSAAS.

Sasaran pasaran adalah kumpulan penumpang perniagaan atau kelas premium dengan memanfaatkan penuh kedudukan LTSAAS yang cukup strategik di tengah-tengah ibu kota negara kita.

Penerbangan berjadual menggunakan pesawat propeller dan turboprop akan dikekalkan berikutan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan tersebut di LTSAAS dijangka berterusan dan positif.

Pelan ini akan memberi rangsangan kepada rantaian industri pengangkutan udara dan industri aeroangkasa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai  peneraju aeroangkasa di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2030.

Lapangan Terbang Subang Bakal Dinaik Taraf Jadi Hab Penerbangan Serantau !

Untuk langkah seterusnya, Malaysia Airports  akan merangka seluruh pelan pembangunan semula LTSAAS secara terperinci setelah mengambil kira pandangan semua pihak dalam sesi-sesi libat urus dengan sikap yang terbuka dan membina. Anggaran kos pembangunan semula LTSAAS akan diumumkan selepas pelan terperinci tersebut siap dibentangkan pada masa hadapan.

“Pembangunan semula LTSAAS adalah usaha murni peringkat nasional yang  berlandaskan gagasan Malaysia Madani. Dari segi ekonomi, ia akan mempercepatkan pemulihan ekonomi pasca pandemik dengan menarik pelaburan dari dalam mahupun luar negara. Dari aspek kemasyarakatan pula, projek ini cukup bermakna dengan memberi nafas baru kepada sebuah lapangan terbang di mana ramai warga Malaysia berkongsi ingatan dan pengalaman yang manis. Akhirnya, adalah mustahak agar diterapkan reka bentuk mesra alam dan infrastruktur hijau ke dalam projek pembangunan semula tersebut demi kelestarian dan masa depan kita.” ujarnya.

Lapangan Terbang Subang Bakal Dinaik Taraf Jadi Hab Penerbangan Serantau !

MAHB diberi tempoh sehingga April depan untuk merangka pelan pelaksanaan SARP itu, yang perlu dibentangkan semula kepada Kabinet untuk kelulusan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram