lokasi glamping dengan pemandangan gunung kinabalu di sabah ! tullynaw glamping

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Pernah tak ada terbayang bangun tidur dengan suasana hening, dingin dan melihat pemandangan majestik Gunung Kinabalu di hadapan mata ?

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @azihuhu.ceo

Anda boleh realisasikan impian anda di Tullynaw Glamping yang terletak di Kota Belud, Sabah ! Khemah bagi 'glamping' disini diletakkan di lereng bukit, dikelilingi alam semula jadi dan menghadap terus ke Gunung Kinabalu.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @adhanizmi

Kedudukan geografinya yang terletak tinggi di atas bukit membuatkan suhu disini dingin, suasananya damai jauh dari hiruk pikuk kota dan bunyi kenderaan.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !

Pada waktu malam pula, tidur anda akan ditemani dengan gemerlipan ribuan bintang ! Mungkin itu akan menjadi malam paling indah buat anda.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @azihuhu.ceo

2 Jenis Khemah Disediakan

Disini, terdapat 2 jenis khemah glamping yang lengkap dengan fasiliti dan perkakasan iaitu khemah Tulan dome yang boleh memuatkan 2 orang dengan 1 katil bersaiz Queen. Manakala khemah Tadau dome boleh memuatkan 4 orang. Ia dilengkpi dengan 1 katil bersaiz queen dan 2 katil bujang.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @hmbliadnn

Kedua-dua khemah ini dilengkapi dengan 'board games' , tandas dan peralatan memasak.

Kemudahan & Fasiliti

Anda tidak perlu risau tentang tempat letak kenderaan kerana mereka menyediakannya secara percuma. Bagi perkhidmatan internet, mereka mempunyai signal internet yang cukup laju.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @jinnius_burz

Walaupun terletak jauh dari bandar namun anda masih boleh bersosial di alam maya. Bagaimanapun, kami nasihatkan anda rehatkan diri sebentar dari media sosial dan nikmati keindahan alam disekeliling.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @oday_j

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kawasan memasak, peralatan bagi BBQ, dan juga 'patio' untuk anda melihat pemandangan.

Lokasi Glamping Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu di Sabah !
???? Photo Credit (IG): @azihuhu.ceo

Harga


Tulan Dome - RM230 per malam
Tadau Dome - RM330 per malam

Lokasi

Tullynaw Glamping , Pekan Nabalu, 89150 Kota Belud, Sabah

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram