BERTAM SOUK & WATERPARK

Lulus CCC & Terima Lesen, Bertam Souk & Water Park Dibuka Semula Bermula 7 Januari !

Dikemas Kini: 19 Januari 2023
Surga Route

Sebelum ini kami pernah siarkan artikel berkenaan Taman tema air Bertam Souk & Water Park yang diarah tutup pada 28 Disember 2022 selepas Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis kepada pengurusannya untuk menghentikan semua aktiviti hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.

Penutupan tersebut adalah kerana Taman Tema ini tidak menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC), atau dalam Bahasa Malaysia Sijil Penyiapan dan Pematuhan dan tidak mendapat lesen dari pihak MBSP.

Terbaru, Bertam Souk & Water Park telah menerima lesen daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 6 Januari 2023 untuk beroperasi semula seperti biasa.

Lesen premis dan lesen hiburan untuk taman tema air itu diluluskan pada 6 Januari iaitu hari yang sama taman tema tersebut menerima sijil penyiapan dan pematuhan (CCC)

Lulus CCC & Terima Lesen, Harga Tiket Bertam Souk & Water Park Dibuka Semula Bermula 7 Januari !

MBSP berharap pembukaan semula taman tema itu akan memberi manfaat kepada pengunjung dan ia akan menjadi tarikan pelancong baharu di kawasan Seberang Perai.

Harga Tiket Promosi

Berikut adalah merupakan harga promosi untuk masuk ke Bertam Souk & Water Park sehingga 31 Mac 2023.

Lulus CCC & Terima Lesen, Harga Tiket Bertam Souk & Water Park Dibuka Semula Bermula 7 Januari !
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram