menu rahmah mcdonald's

Makan Luar Makin Jimat. McDonald's Pun Dah Perkenal Menu Rahmah !

Dikemas Kini: 12 Mac 2023
Surga Route

Restoran khidmat segera terkemuka, McDonald’s Malaysia, melancarkan Menu Rahmah sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, pada hanya RM5.

Makan Luar Makin Jimat. McDonald's Pun Dah Perkenal Menu Rahmah ! Menu Rahmah McDonald's

Ia merupakan usaha McDonald’s Malaysia dalam menyokong Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mana merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membantu dan meringankan beban masyarakat dalam isu peningkatan kos sara hidup.

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu:

• Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

• Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

• McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

Makan Luar Makin Jimat. McDonald's Pun Dah Perkenal Menu Rahmah ! Menu Rahmah McDonald's

Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s.

McDonald’s juga akan melaksanakan kempen Promosi 30 Hari Ramadan yang mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik melalui aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Ramadan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram