malaysia airlines benarkan bawa makanan sendiri

Malaysia Airlines Kembalikan Perkhidmatan Hidangan Makanan Bermula 15 November

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Malaysia Aviation Group (MAG) yakin dapat memulihkan sepenuhnya perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) pada 15 November 2023 dengan menyediakan F&B lebih baik kepada penumpang.

Pengarah Urusan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pemulihan kepada keadaan normal berada pada tahap 97 peratus, ketika ini, dan ia perjalanan sukar sejak syarikat penerbangan itu menamatkan kontraknya dengan Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) pada 31 Ogos 2023.

"Apabila menjalankan perniagaan, anda perlu memberi tumpuan kepada objektif dan walaupun katering bukan perniagaan teras kami, pengalaman pelanggan adalah perniagaan teras MAG.

"Justeru, MAG perlu mencari kaedah untuk menetapkan semula produk kami dan ia perlu menghadapi jalan berliku yang sangat mencabar," katanya semasa sesi 'Airline Leader Interview - MAG' pada Sidang Kemuncak Centre for Aviation (Capa) Asia Aviation and Anugerah Kemampanan 2023.

MAG ialah syarikat induk Malaysia Airlines.

Izham memberi jaminan kepada penumpang mengenai komitmen MAB untuk menyelesaikan isu makanan dalam penerbangan serta merancang untuk melancarkan menu Asean memandangkan syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan kepada penumpang dari seluruh dunia.

"Aspirasi kami adalah untuk menjadi syarikat penerbangan premium mesra Asia. Justeru, kita perlu menggambarkan keindahan Asean dan Asia dengan menyediakan pelbagai menu," katanya.

Izham berkata, MAB kini mempunyai lapan khidmat katering yang membekalkan makanan dalam penerbangan.

Imbas kembali, kontrak katering yang lama terjalin antara MAB dan BFS berakhir pada 31 Ogos 2023 selepas rundingan dalam tempoh yang lama antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak memberi sebarang hasil positif.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat penerbangan itu menerima 24 trak hi-lift, baru-baru ini, dan menjelang 15 November, perkhidmatan makanan dalam penerbangan akan kembali seperti biasa.

"Kami mempunyai 24 trak hi-lift yang baru tiba beberapa minggu lepas dan ia sudah bersedia beroperasi... pada 15 November, semuanya akan kembali normal," katanya.

Trak hi-lift adalah bahagian penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan untuk memastikan kualiti makanan dan mematuhi piawaian keselamatan dengan menetapkan suhu yang betul, memelihara kesegaran makanan panas serta mengekalkan amalan dikawal ketat sepanjang proses berkenaan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram