malaysia airlines benarkan bawa makanan sendiri

Malaysia Airlines Sudah Kembali Menyediakan Hidangan Secara Beransur

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Malaysia Airlines sudah mengembalikan hidangan makanan panas secara beransur-ansur untuk beberapa sektor selepas menerima peralatan tambahan bagi penyediaan makanan dalam pesawat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, justeru, syarikat penerbangan itu kini mengembalikan hidangan 'signature MH' mereka iaitu sate yang disediakan untuk kelas perniagaan.

image 9 65

Katanya, segala kesulitan yang masih dihadapi dalam penerbangan lain oleh syarikat penerbangan nasional itu adalah amat dikesali.

"Namun, Malaysia Airlines sedang berusaha untuk memulihkan keadaan secara sepenuhnya secepat mungkin," katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Dalam hantaran itu, Anthony turut menyertakan gambar hidangannya ketika beliau dalam penerbangan Malaysia Airlines ke Kuching bagi menghadiri mesyuarat Kabinet dan seterusnya sambutan Hari Malaysia pada malam tadi.

Berdasarkan gambar yang dikongsi itu, hidangan yang disediakan termasuklah sate, kek, roti dan salad sayuran dan air.

Jumaat lalu, Malaysia Airlines Bhd menyasar untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan hidangan makanan lengkap menjelang pertengahan November tahun ini.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, pengembalian semula perkhidmatan makanan panas di laluan domestik dan antarabangsanya yang terjejas akibat peralihan katering baru-baru ini dipulihkan dengan ketibaan 10 trak lif tinggi baharu lebih awal daripada jadual.

Ia sebelum ini menjangka akan mengembalikan semula tawaran makanan dan minuman panas (F&B) untuk semua penerbangannya mulai minggu ketiga September.

"Malaysia Airlines menjangkakan ketibaan 10 lagi lif tinggi dalam bulan-bulan mendatang, sambil meningkatkan dan memperhalusi komponen makanan prapembungkusan secara proaktif dalam tempoh sementara," katanya dalam satu kenyataan.

Awal bulan ini, Malaysia Airlines memperkenalkan tawaran makanan dalam penerbangan yang disemak semula pada laluan yang sebelum ini disediakan oleh bekas penyedia kateringnya.

Ia termasuk kacang tanah dan minuman khas, minuman dalam kotak sedia untuk dibawa dengan pastri, coklat, biskut dan minuman yang siap dibungkus atau makanan panas dalam bekas pakai buang dihidangkan dalam dulang yang dipermudahkan.

Perkhidmatan di laluan London, Auckland, Jeddah, Madinah, Osaka dan Haneda masih mengekalkan hidangan sebelum ini.

Malaysia Airlines menubuhkan pusat pengedaran sementara di KLIA, untuk menguruskan pengumpulan barangan F&B oleh pembekal masing-masing dan mengangkat kotak makanan ke pesawat melalui trak lif tinggi.

Operasi pusat itu adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan diperakui oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk kebersihan dan persekitaran menepati piawaian keselamatan dan kebersihan makanan.

Kontrak katering yang lama terjalin antara syarikat itu dan Brahim's Food Services (BFS) berakhir pada 31 Ogos lalu selepas rundingan antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak menghasilkan perjanjian yang baik.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram